RSS Suria

Pelakon ‘Afi dan Abah’ menyorok dalam but kereta dikejar peminat, usia 7 tahun dah bagi tetamu duit raya… Imbau kenangan bersama Din Beramboi

DRAMA bersiri Afi dan Abah yang bersiaran sekitar tahun 2006 bukan sahaja diminati dalam kalangan penonton cilik tetapi golongan dewasa sehingga ia menjadi antara rancangan paling diminati ketika itu.

Selepas hampir 18 tahun berlalu, drama berkenaan pastinya antara program yang menjadi sebutan jika diminta mengimbau zaman kanak-kanak mereka.

Tidak ketinggalan pelakon watak Afi yang berwajah kacukan dan comel turut menjadi kegilaan peminat ketika itu.

Selepas dua dekad, Rieefqie Shah, 25, memberitahu peluang berlakon dalam drama bersiri yang disiarkan di Astro Ceria itu masih meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya.

size NP 1 (94)

Rieefqie mula dikenali menerusi watak Afi dalam drama bersiri Afi dan Abah.

Antara perkara tidak dapat dilupakan apabila dia dikejar peminat ketika berkunjung ke sebuah pasar malam bersama ibu bapanya.

Menyifatkan dirinya seorang yang pemalu, Rieefqie mengimbau keadaan itu membuatkan dia berasa panik sehingga terpaksa berlari dan bersembunyi di dalam but kereta bapanya.

“Ketika itu kami tinggal di Ampang, saya masih ingat saya bersama ibu bapa pergi ke pasar malam dan anak-anak peniaga di situ yang dalam lingkungan umur saya mengejar saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan pelakon ‘Afi dan Abah‘ terjejas akibat permintaan sendiri, berat badan Rieefqie turun mendadak – “Benda itu makan dalamâ€

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq dah jadi artis, pasang impian genggam trofi pelakon kanak-kanak… Wartawan cilik mengaku susah cakap KL

“Saya bukan sombong tapi pemalu sampaikan saya berlari sebab dikejar mereka. Saya sampai melompat masuk dalam but kereta ketika ibu bapa sedang memasukkan barang-barang yang dibeli.

“Itu pengalaman yang saya tak dapat lupa. Itulah kali pertama orang kenal saya. Rindu juga situasi begitu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rieefqie memberitahu peluang berlakon disamping Allahyarham Din Beramboi menerusi drama tersebut antara memori yang terpahat dalam dirinya sehingga ke hari ini.

Saya bukan sombong tapi pemalu sampaikan saya berlari sebab dikejar peminat.

RIEEFQIE SHAH

PELAKON

Bukan sahaja banyak belajar daripada pelakon dan pelawak tersebut, namun Rieefqie menyifatkan Din sebagai ‘bapanya’ ketika berada di set penggambaran.

Imbaunya, Allahyarham merupakan seorang yang sangat baik dan berita pemergiannya membuatkan dia terkesan dan menitiskan air mata.

“Arwah seorang yang sangat menghiburkan. Dia baik sangat dengan saya, seorang yang ramah dengan orang lain.

“Dia sentiasa menyerikan suasana di set penggambaran dan perkara itu sentiasa ada dalam memori saya. Apabila mendapat berita arwah sudah tiada saya sangat sedih sampai menangis.

2720032

Walau sudah meningkat dewasa masih ada peminat yang cam Rieefqie menerusi watak Afi.

“Waktu itu saya macam tak percaya dan persoalkan kenapa arwah ‘pergi’ sebab dia seorang yang sangat lucu dan menyeronokkan,” katanya.

Untuk rekod, Din Beramboi meningga dunia pada 2 April 2010 kerana demam denggi berdarah.

Bercerita mengenai pengalaman menjalani penggambaran drama tersebut, Rieefqie memberitahu pendapatan diterimanya juga lumayan.

Rieefqie memberitahu sejumlah wang yang diperoleh diserahkan kepada keluarga selain digunakan untuk memberi duit raya ketika usianya baru sahaja tujuh tahun.

size NP 1 (95)

Rieefqie menangis ketika mengetahui arwah Din Beramboi meninggal dunia.

“Bayaran berlakon 26 episod ketika itu memang lumayan tapi apa saya buat dengan wang tersebut adalah belanja keluarga seperti menonton wayang dan makan di restoran.

“Ada juga saya gunakan membeli kasut, permainan video malah dapat beri duit raya ketika umur saya tujuh tahun.

“Walaupun masih kecil tapi rasa macam orang dewasa, saya fikir sebab ada duit nak bagilah duit raya. Tapi kebanyakan wang tersebut saya masuk dalam bank,” ujarnya.

Selain Reefqie dan Din, drama arahan Faisal Ishak itu turut dibintangi oleh Reza Zainal, Marissa Yasmin, Jamilah Wadan, Brandon Koh, Dayang Nazilah dan Fatin Nur Afiqah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top