RSS Suria

Pemuda sakit belakang sombong dengan KKM, percaya rawatan ‘krak-krak’ viral! Akhirnya diseret ke hospital, nanah berlonggok di tulang

TEORI konspirasi akhirnya makan diri.

Begitulah kisah seorang lelaki berusia 50-an yang kini jatuh sakit ekoran keengganannya mempercayai perubatan moden.

Kisah pesakit yang menolak vaksinasi itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang pakar perubatan, Hafiz Rahim di Facebook.

A Clinic helper holding  Covid-19 vaccine stock  at a  Clinic in Petaling Jaya.(28/3/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ada dalam kalangan rakyat Malaysia turut menolak suntikan vaksin Covid-19. -Gambar hiasan

“Sakit tulang belakang hampir setahun juga lamanya. Buat rawatan ‘krak-krak’ (chiropractic) sembuh sekejap tapi masih berulang. Dua bulan lepas, mula demam-demam dan hilang selera dan berat badan.

“Rawatan ‘krak-krak’ masih diteruskan. Semakin hari semakin lemah. Akhirnya perlu dipapah, diseret ke hospital oleh ahli keluarga,” tulis Hafiz memulakan cerita.

Menurut Hafiz, pesakit yang bekerja sendiri itu juga pernah diarahkan membuat saringan tibi (TB).

Bodoh sombong namanya ni. Dah la bodoh, sombong lagi dengan KKM sebab dakyah mengarut.

NETIZEN

Namun, dia enggan meneruskan saringan kerana terpengaruh dengan teori mengarut yang memburuk-burukkan perubatan moden.

“Sejarah tambahan, dia pernah diarahkan buat saringan TB di klinik kesihatan terdekat.

“Tapi takut kerana terpengaruh dengan dakyah (kononnya) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mesti nak tambah kes,” ujar Hafiz lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya Covid-19 teori konspirasi, wanita hamil menyesal selepas diri sendiri dijangkiti virus

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh dekorasi di mall, anak masuk hospital 5 hari terkena renjatan elektrik… Bapa cari jalan tuntut keadilan

Selepas dibawa ke hospital oleh keluarga, pesakit itu menjalani imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) sebelum disahkan menghidap penyakit berkaitan tulangnya.

“MRI menunjukkan komplikasi TB tulang belakang (TB spine osteomylitis) yang sudah pun memamah struktur tulang yang sedia ada. Longgokan nanah di sekeliling tulang yang terkesan sehingga perlu ditebuk keluar.

“Nanah penuh dengan kuman TB (mycobacterium tuberkulosis). Pesakit menjalani rawatan anti TB dan intensive rehabilitasi buat masa ini,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar kedegilan pesakit itu yang akhirnya memberi kesan buruk kepada diri sendiri.

“Kesian. Ini padahnya tidak mendapatkan nasihat perubatan bertauliah.

WhatsApp Image 2024-06-09 at 3.29.09 PM

Kesihatan tulang belakang tidak boleh dipandang ringan. -Gambar hiasan

“Bodoh sombong namanya ni. Dah la bodoh, sombong lagi dengan KKM sebab dakyah mengarut.

“Jenis macam ni tak perlu nak sedih. Sendiri yang cari penyakit. Suruh doktor alam maya tak bertauliah dia yang ubatkan bagi sembuh,” tulis netizen.

Selain mengecam golongan antivaksin yang percaya dengan teori konspirasi mengarut, netizen turut menyuarakan rasa bimbang terhadap promosi rawatan chiropractic yang semakin berleluasa di media sosial.

“Tengok video ‘krak-krak’ di TikTok. Sukar percaya ramai masyarakat sanggup bayar ribu-ribu tertipu dengan benda mengarut macam tu.

“Hairan orang yang sanggup ‘krak-krak’ ni. Rawatan fisioterapi kan ada,” tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top