RSS Suria

‘Abang baju oren’ tampil versi baharu ‘Panggilan Haji’, rindu terhadap Mode Ruffedge terubat

SETIAP kali tiba Hari Raya Aidiladha pasti tidak lengkap sekiranya tidak mendengar alunan nasyid Panggilan Haji yang dinyanyikan beberapa orang artis tanah air.

Bukan hanya alunan yang merdu namun muzik videonya juga memaparkan pelbagai gelagat penyanyi yang dianggap kelakar oleh netizen.

Seperti kebiasaan gelagat penyanyi Mode daripada kumpulan Ruffedge sentiasa mencuri perhatian apabila dia dianggap ingin menandingi Anuar Zain.

mode 3

Gelagat nyanyian Mode masih tidak berubah sejak dulu.

Digelar sebagai Abang Baju Oren, Mode atau Syed Mohammad Syed Abdullah, 48, membuat kemunculan semula di akaun TikTok miliknya.

Malah dia juga sempat mendendangkan sedikit lagu tersebut sebagai pengubat rindu buat peminat.

Dia juga sempat mengajak orang ramai agar segera mendaftar ibadah haji agar tidak menunggu terlalu lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dianggap tak sensitif, Mode Ruffedge pertahan tindakan nyanyi ‘Bila Rindu’ di perhimpunan Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Imbau kenangan lalu! Ruffedge bakal adakan konsert pada Ogos depan, Lah Ahmad tampil sebagai penyanyi undangan

“Gelak-gelak juga tapi dah seratus tahun bila nak menunggu? Jadi daftar untuk ibadah haji cepat-cepat,” kongsinya.

Kemunculan Mode membuatkan netizen teruja malah mengakui gaya nyanyiannya masih kekal sama.

“Dah berumur pun tetap elok tapi gaya nyanyian dia masih sama.

mode 2

Selain Mode, ahli kumpulan Ruffedge juga menyertai nyanyian nasyid tersebut.

“Video ini memang evergreen, setiap tahun mesti akan tergelak tengok video ini,” antara komen netizen.

Selain Anuar dan Mode, Panggilan Haji juga dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge, Waheeda, Misya Omar, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ezlynn.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top