RSS Suria

Farah Lee kecil hati dituduh ‘makan’ duit sumbangan, pengurusan dana terpampang dalam laman web

AKTIVIS dan personaliti media sosial Farah Lee menyangkal tuduhan dia menyalahgunakan wang derma daripada orang awam untuk kegunaan peribadi.

Farah atau Farahin Romli, 31, dia tidak pernah mengambil sesen duit yang disumbangkan ke badan bukan kerajaan (NGO) Childrity sebaliknya mempunyai pendapatan sendiri.

“Kalau siapa pengikut tegar saya, saya pasti anda akan selalu nampak saya dedahkan pengurusan dana fl.childrity dari masa ke masa. Tiada apa yang saya nak sorok pun, semua saya letak telus dalam laman web.

size NP 1 - 2024-06-18T093200.465

Farah menjelaskan isu salah guna dana awam di Instagram miliknya.

“Saya pergi misi childrity pun tak pernah ambil satu sen elaun, mereka yang pernah pergi sekali dengan saya tahu saya kerja kuat macam mana.

“Saya bukan kerja uruskan NGO sahaja, banyak lagi penggambaran, kerja, bisnes lain saya buat untuk miliki kehidupan yang saya ada sekarang,” katanya.

Farah menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya pada pagi Selasa.

Dalam pada itu, Farah tidak menafikan ada segelintir NGO yang membuat tabung dana awam untuk cepat kaya, namun bukan daripada pihaknya mala

ARTIKEL BERKAITAN: Daud Kim minta sumbangan bina masjid, Farah Lee luah rasa curiga… Korea Selatan haram akaun peribadi kutip derma

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee bersuara isu gagal lunas hutang arwah bapa, minta bukti tuntutan RM130,000

Kata Farah lagi, dia juga tidak suka meraih populariti seperti muncul dalam mana-mana program di televisyen.

“Memang ada orang buat NGO sebab nak senang kaya, tapi tak semua. Haritu ada satu jenama nak bagi dana RM100,000, saya tolak sebab tak menang tangan nak uruskan.

“Tambah pula nak adakan sidang media, saya pula tak suka nak dedahkan diri ni. Keluar televisyen pun selalu tolak.

“Kalau saya kaki makan kos pengurusan, gilalah tolak jumlah sebesar itu, keluar televisyen tu,” ujarnya.

size NP 1 - 2024-06-18T093223.401

Laporan kewangan tahun 2023 milik NGO childrity.

Sementara itu, Farah berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat sokongan lagi selepas ini, tetapi aktivis itu meminta netizen di luar sana jangan menabur fitnah.

“Tak nak sokong kami tidak mengapa, tapi hati-hati jangan sampai tabur fitnah. Tak percaya, derma je dekat NGO atau yayasan lain, tak perlu nak perli kalau tak tahu.

“Dah satu hal saya kena tulis panjang-panjang pagi ni. Dah lah tengah penat misi qurban Sri Lanka, tiba-tiba kena tuduh salah guna duit derma, kecil hati saya,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top