RSS Suria

‘Festival Atas Angin’ tanpa penaja, penganjur tanggung kos setengah juta atas dasar minat

PENGANJURAN Festival Atas Angin 2024 diadakan bukan untuk mencari keuntungan sebaliknya diadakan atas dasar minat terhadap bidang muzik.

Pengarah festival berkenaan, Arif Imran berkata semua kos penganjuran konsert ditanggung sendiri oleh penganjur bagi meraikan anak seni yang berjuang sebagai artis indie.

“Semua kos kami tanggung sendiri dan sejujurnya konsert ini bukan tempat buat duit.

Arif selaku pengarah projek Atas Angin Festival 2024.

Arif selaku pengarah projek Atas Angin Festival 2024.

“Festival ini dianjurkan bagi meraikan semua pemuzik indie malah mereka yang menyertainya pun bukan untuk duit tapi sebab minat.

“Mereka faham dengan apa yang kami lakukan ini,†katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Arif mendedahkan pihaknya mengeluarkan kos sebanyak RM500,000 hasil daripada kutipan dana daripada persembahan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa Kacau 2024 himpun 15,000 penonton, dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

ARTIKEL BERKAITAN: Minat bukan tiket sokongan, Aizat Amdan tak pergi konsert Bruno Mars

“Kami tidak mempunyai penaja, macam mana kami dapat merealisasikan festival ini adalah daripada kutipan wang persembahan gig.

“Daripada sokongan peminat yang datang, kami kumpul duit sampai cukup maka terjadilah Festival Atas Angin 2024 ini.

“Apa yang saya boleh katakan, kos penganjuran konsert tahun ini lebih daripada setengah juta,” ujarnya.

Festival berkenaan bakal menampilkan seramai 101 pemuzik termasuk solo, berkumpulan dan DJ.

Aizat antara artis yang bakal membuat persembahan di Atas Angin Festival 2024.

Aizat antara artis yang bakal membuat persembahan di Atas Angin Festival 2024.

Ia bakal berlangsung selama 12 jam dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam di Rooftop MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan termasuk Aizat Amdan, Bittersweet, Alleycats, Hyper Act, Amir Jahari, Estranged, IamNeeta dan ramai lagi.

Peminat boleh mendapatkan tiket di laman web atasangin.com dengan harga serendah RM159 bagi kategori Solo, RM300 (Duo) dan RM566 bagi tiket berkumpulan (empat orang).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top