RSS Suria

Wanita ini pandai bawa diri dalam ‘WhatsApp group’ keluarga mentua, buat ‘bisu’ jika tak suka – “Saya bercakap apabila perlu”

TOPIK mengenai kumpulan WhatsApp keluarga mentua menjadi bualan hangat golongan isteri sejak kebelakangan ini.

Jika diteliti pada video dan pelbagai perkongsian yang melintas di media sosial, rata-ratanya mengakui bahawa mereka memilih untuk tidak sertai grup WhatsApp keluarga mentua atas pelbagai alasan.

Namun berbeza pula dengan bagi wanita dikenali sebagai Asmawati apabila dia selesa menyertai grup mesej keluarga mentuanya kerana pandai membawa diri.

Penerimaan keluarga mentua adalah hal yang penting bagi seorang menantu. -Gambar hiasan

“Saya jenis raikan semua perkara sebab kita manusia ni tak sempurna. Apabila kita terima suami, maka kita kena terima seisi keluarganya. Moga yang baik-baik mengiringi, insya-Allah,” katanya di TikTok.

Bagaimanapun kata Asmawati dia hanyalah menjadi pemerhati atau silent reader semata-mata kerana tidak mahu masuk campur atau sertai perbualan yang tidak berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Borak isu berat, gaduh, suka show off! Gen Z tak sesuai masuk grup WhatsApp famili besar, lebih banyak buruk daripada baik

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh dikira respons dalam grup WhatsApp famili, tapi e-book anak ubah segalanya… bapa dedah kisah di sebalik insiden ‘air mata’ – “Rasa nak pecah dada baca mesej abahâ€

“Kadang tu ada terasa… tapi itu normal, nama pun manusia. Nak orang sayang kita layan, la belaka. Ada yang membenci tu biarlah… itu bukan tugasan kita dah.

“Kita tak mampu nak suruh orang suka kita, jadi saya pilih diam apabila saya tak suka. Saya bercakap apabila perlu. Dengan izin Allah, kita hidup tenang,” jelasnya.

Jangan sempitkan otak fikir orang suka atau tak suka… sudah jadi satu keluarga, hati kena ikhlas.

NETIZEN

Kebiasaannya sama ada suami atau isteri akan dijemput menyertai grup mesej keluarga mentua masing-masing di aplikasi WhatsApp yang menjadi platform perbualan dan berkongsi-kongsi cerita serta aktiviti berkaitan.

Perkongsian Asmawati meraih banyak reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan.

Komen netizen pada hantaran Asmawati.

“Saya pula jenis tak kisah. Nak masukkan okey, tak masukkan pun okey sebab hubungan baik je. Alhamdulillah.

“Masuk je… tapi kita diam je dalam tu sebab sedara mara datuk nenek dia semua ada dalam tu. Kita jadi pemerhati je la.

“Saya setuju. Layankan je suka tau tak itu tolak tepi. Jangan sempitkan otak fikir orang suka atau tak suka. Sudah jadi satu keluarga, hati kena ikhlas,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top