RSS Suria

Terlibat kemalangan jalan raya, pengarah dan pengkritik filem Mansor Puteh meninggal dunia

PENGARAH dan pengkritik filem Mansor Puteh meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi Ahad.

Kereta dipandu Allahyarham dilaporkan terbabas dan pengesahan identiti Mansor dibuat pihak polis menerusi lesen memandu yang ditemui ditempat kejadian.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 71 tahun.

manosr 2

Kritikan Mansor kini tinggal kenangan.

Berita pemergian Allahyarham turut disahkan anak saudaranya iaitu Adeed Adillah Abdullah yang juga merupakan bekas wartawan program Melodi di Facebook miliknya.

“Bagi yang mengenali pakcik saya Mansor Puteh, beliu telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi,†tulisnya.

Dalam pada itu, Adeed memberitahu jenazah Allahyarham ketika ini berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Jenazah dijangka dibawa ke Melaka untuk proses pengebumian pada sebelah petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mansor Puteh Dihalang Bentang Kertas Kerja

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Hina Anak Saya Mansor!†– Marahnya Yusof Haslam

“Jenazah sekarang berada HUKM untuk dibedah siasat dan akan dibawa ke Melaka untuk dikebumikan lewat petang nanti,†katanya.

Untuk rekod, Mansor merupakan pengarah filem berjudul Seman pada 1988 dan pernah menghasilkan dokumentari 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman bertajuk Residency Years atau Bertahun di Residensi.

Mansor yang berkelulusan dari Universiti Columbia di New York juga terkenal dengan kelantangannya mengkritik filem dan industri seni tempatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top