RSS Suria

Adira buat bekas suami tergamam, mahu kembali ke pangkuan Datuk Red – “Kalau saya cakap orang tak percaya”

BELUM pun reda isu mengucup kepala, usahawan Datuk Seri Adnan Abu dan penyanyi Adira kembali hangat diperkatakan susulan beberapa video kemesraan mereka tular di media sosial.

Terbaharu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, dalam nada gurauan memberitahu mahu kembali ke pangkuan Adnan kerana sudah malas untuk memulakan perhubungan yang baharu.

Adnan yang duduk di sebelah Adira kelihatan terkejut dengan kata-kata tersebut dan meminta agar bekas isterinya itu tidak membuatnya menunggu terlalu lama.

Mengulas mengenai perkara itu, Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red, 46, berkata, dia sendiri terkejut dengan ayat yang keluar daripada mulut penyanyi berkenaan dan tidak merasakan ia gurauan.

reddd1

Adnan beri ruang kepada Adira untuk bertenang.

“Saya pun terkejut dan tergamam juga bila dia kata nak kahwin semula dengan saya.

“Kalau perkara itu keluar dari mulut saya mungkin tak boleh dipercaya tapi ini Adira sendiri yang cakap.

“Tapi dia cakap bukan sekarang tapi tunggu sehingga saya betul-betul dah stabil. Harap semua dapat doakan kami,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Adnan menegaskan apa yang keluar dari mulut Adira bukan cara melariskan produk jualannya tetapi ia spontan dan tidak dirancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red kena kecam kucup kepala bekas isteri, Adira enggan panaskan keadaan – “Orang boleh nampak reaksi wajah sayaâ€

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan balu cerai mati†– Keluar ketika tempoh Idah, Adira cari rezeki sara 4 orang anak

Malah dia menyangkal tuduhan menggunakan penyanyi itu bagi melariskan produk jualannya.

“Saya memang nak tamatkan ‘episod’ ini tapi masih belum jumpa penghujungnya. Adira rajin bantu saya video siaran langsung sebenarnya.

“Memang kemunculan dia membantu perniagaan saya tapi bimbang juga ada yang muak dengan kemesraan kami,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan mengucup kepala bekas isterinya, Adnan berkata ia dilakukan secara spontan dan tidak menyentuh kulit kepala Adira.

Mereka yang lihat siaran langsung saya pasti tahu saya macam mana.

DATUK SERI ADNAN

USAHAWAN

Jelasnya, sebaik tamat siaran langsung Adira juga tidak melatah dengan tindakan sepontannya itu.

“Tiada apa pun perkara itu, lagi pun ia beralas. Mulut orang tak boleh nak tutup, lagi pun mereka yang lihat siaran langsung saya pasti tahu saya macam mana.

“Dekat siaran langsung saya suka bergurau dan ia sekadar hiburan,” kongsinya.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Adnan mencium Adira di bahagian kepala ketika siaran langsung di TikTok.

ad

Netizen sebelum ini mengecam tindakan Adnan mencium Adira.

Tindakan spontan itu juga disaksikan anak tiri Adira iaitu Awin yang sama-sama terkejut dengan tindakan bapanya.

Untuk rekod, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.

Hasil kedua-dua perkahwian itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top