RSS Suria

Tergilakan ex-GF, isteri suruh suami buat pilihan! Terus dihantar semula kepada ibu bapa di kampung, tiada kata maaf

KISAH cinta silam bersama bekas kekasih mampu kembali menghantui diri sekiranya ia tidak dilepaskan sepenuhnya.

Malah, jika tidak dapat dikawal rumah tangga yang dibina boleh berantakan gara-gara jiwa dan perasaan masih bertaut pada cinta lalu.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki dikatakan sanggup melepaskan isterinya apabila wanita itu meminta si suami memilih antara dirinya atau bekas kekasih hati.

Keikhlasan dalam mencintai diperlukan untuk memastikan hubungan berkekalan. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia pada mulanya mengesyaki sesuatu terhadap suami dan berjaya mendapatkan jawapan apabila disiasat sehingga ke akar umbi.

“Suami nak kembali kepada bekas kekasih dia. Saya tanya dia nak pilih siapa… tiada jawapan.

“Saya cuma cakap kat dia, kalau dia pilih selain daripada saya, hantar saya semula kat mak ayah dengan cara yang baik.

And guess what? Sekarang ni saya kat rumah mak ayah saya, dia yang hantar pulang kat mak ayah saya,” katanya dalam satu luahan yang dikongsikan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tawar hati, minta cerai selepas kantoi video call lelaki lain! Suami enggan lepas, mengaku diri sendiri pun silap sebab baran, kaki pukul

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berani naik tangan pukul isteri, depan mak ayah uzur pun pernah! Wanita akhirnya fail cerai tunjuk bukti badan lebam-lebam

Wanita itu berkata, sepanjang perjalanan pulang ke rumah ibu bapa, suaminya hanya diam membisu di dalam kereta.

“Dia tak cakap sorry apa pun sepanjang perjalanan balik rumah mak ayah saya tu.

“Saya dah reda la kot sebab dia sebut pasal bekas kekasih dia,” katanya sedih.

Selepas apa yang berlaku terhadap dirinya, dia bertanyakan kepada warganet tentang sifat lelaki yang sukar melupakan kekasih lama.

“Memang lelaki susah ke nak lupakan ex-GF atau first love mereka?

“Kalau susah lupakan kenapa setuju nak kahwin awal-awal dulu?” katanya.

Apa pun sebabnya, tak wajar menganiaya orang macam ni, bernikah bukan perkara main-main.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya cuba mencari jawapan mengapa bekas suami kepada wanita tersebut bertindak sedemikian rupa.

“Lelaki macam ni kahwin bukan sebab mereka betul mencintai tetapi lebih kepada nak jaga status. Mereka tak bersedia pun untuk berumah tangga, cuma mereka berkahwin kerana nak tutup mulut-mulut orang yang bertanya.

“Mereka ingat mungkin dengan berkahwin dapat melupakan bekas kekasih tapi itu silap besar. Mereka terus-menerus membandingkan isteri dengan bekas teman wanita mereka, menyebabkan diri mereka tak pernah berasa puas.

Pelayar bertukar pandangan.

“Apa pun sebabnya, tak wajar menganiaya orang macam ni, bernikah bukan perkara main-main. Tolonglah ambil serius, jangan kahwin sebab nak lari daripada masalah.

“Kalau suatu hari nanti bekas suami nak kembali ke pangkuan awak, mohon jangan sesekali terima. Nasi sudah menjadi bubur, lupakan terus,” kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top