RSS Suria

Suami mahu bulan madu sebelum fikir soal anak, Sarah Suhairi impi percutian di Denmark 

SUDAH mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, suami penyanyi Sarah Suhairi tidak merancang soal cahaya mata sebaliknya percaya dengan rezeki ditetapkan Allah akan tiba pada masa yang tepat.

Aswad Anuar, 39, berkata, buat masa sekarang dia dan Sarah mahu menikmati masa berdua sebelum memikirkan soal zuriat.

“Setakat ini kami tiada tetapkan nak merancang soal anak, kalau ada rezeki insya-Allah.

NP-109

Sarah dan Aswad serah soal cahaya mata kepada Allah SWT.

“Kami terima sahaja rezeki yang Allah nak beri, tapi mungkin setahun dua ini kami mahu ‘bulan madu’ terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.

Aswad berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pernikahannya dengan Sarah yang diadakan pada pagi Jumaat.

Bercakap mengenai bulan madu, Sarah, 24, memasang impian mahu bercuti bersama suami di Denmark jika mempunyai rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pensyarah UTM tambat hati Sarah Suhairi, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami duda beranak 3, Sarah Suhairi sedia galas tanggungjawab ibu ‘segera’

Bagaimanapun kata penyanyi lagu Sah ini, buat masa sekarang mereka memilih percutian di negara Asia sahaja memandangkan sudah banyak berbelanja untuk majlis nikah dan resepsi perkahwinan mereka.

“Secara peribadi saya nak sangat bercuti ke Denmark tapi bukan dalam masa terdekat.

“Tenang-tenang dulu sebab duit dah banyak habis dekat majlis pernikahan dan kenduri kahwin.

NP-108

Sarah impi berbulan madu di Denmark.

“Kita kumpul duit dulu baru pergi bulan madu impian saya. Insya-Allah perancangan terdekat kami berbulan madu di negara Asia dulu,” ujarnya.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan pertama buat Sarah dan kedua bagi Aswad yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Hasil perkahwinan terdahulu, Aswad dikurniakan tiga orang anak perempuan berusia 14, 10 dan 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top