PERKONGSIAN video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang menggayakan pakaian feminin mencuri perhatian netizen.
Mana tidaknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang sebelum ini dikenali dengan imej tomboi tampil manis menyarung gaun hitam berkilauan.
Bukan itu sahaja, Cik B turut kelihatan berbeza dengan solekan tebal pada wajah dipadankan dengan rambut palsu panjang.
Ekspresi menggoda Cik B ketika dirakam turut mencuit hati netizen malah ada yang tidak tahan melihat kecomelannya.
Perkongsian video Cik B raih perhatian.
“Orang suruh Cik B pakai feminin sikit. Okey!”
“Ada lagi yang keliru tak?” katanya.
Cik B menulis perkara itu pada kapsyen menerusi hantaran video tersebut di akaun TikTok miliknya.
Sementara itu, netizen di ruangan komen memuji usaha Cik B berpakaian lebih feminin malah ada turut menyamakan wajahnya seperti ibunya iaitu Datuk Seri Vida.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Kek ucapan selamat hari bapa buat Vida, Cik B anggap ibu segala-galanya
Namun, ada juga yang terkejut melihat perubahan Cik B dan memintanya untuk kembali dengan imej biasa.
“Comel dan cantik Cik B!
“Cik B pakai macam perempuan auto gaya muah-muah mak dia keluar. Kelakar!
“Takpelah Cik B pakai jelah hoodie balik, seriau tengok!” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!