RSS Suria

Kunci tandas sekolah hilang, guru didakwa suruh 4 pelajar gagau lubang jamban cari sampai jumpa

PELBAGAI peraturan ditetapkan di sekolah untuk mendidik pelajar supaya berdisiplin sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Antara peraturan biasa, pelajar yang hendak ke tandas perlu mendaftar nama terlebih dahulu bagi membolehkan kemudahan itu digunakan sebaiknya.

Bagaimanapun, seorang penjaga kepada seorang pelajar di sebuah sekolah menengah kesal apabila anaknya ‘didenda’ gara-gara kehilangan kunci tandas.

Pictures of school toilet. 19 December 2013 CHAN TAK KONG/The Star

Pelajar perlu menjaga kebersihan tandas di sekolah. -Gambar hiasan

“Isunya ialah kunci tandas murid sekolah hilang dan difahamkan terjatuh ke lubang tandas. Situasinya apabila pelajar hendak ke tandas perlu daftar nama di pejabat dan mengambil kunci tandas.

“Anak saya merupakan antara empat nama yang dipanggil kerana mereka ini yang ke tandas dalam jangka waktu kunci hilang,” luahnya menerusi grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nak hempuk buku Matematik, marah penggubal silibus syok sendiri! – “Mereka bunuh minat pelajarâ€

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ‘rindu’ zaman murid hormat cikgu, terketar takut didenda! Pelajar sekarang naik lemak, selamba tak buat kerja sekolah

Tanpa mendedahkan nama atau lokasi sekolah, penjaga itu kesal dengan tindakan yang dilakukan seorang guru terhadap beberapa pelajar termasuk anaknya, dalam usaha melakukan pencarian kunci tandas yang hilang.

“Tindakan yang dikenakan oleh guru hal ehwal murid adalah, anak saya dan murid-murid tersebut diarah mengorek lubang jamban untuk mencari kunci tersebut. Tangan dibalut plastik sampah yang kecil dan ada anak-anak yang korek lubang jamban yang bertahi.

“Mohon nasihat apa yang perlu saya lakukan dan saluran yang sepatutnya kerana saya rasa ini adalah tindakan sangat tidak wajar,” katanya lagi.

Tandas yang bersih membolehkan pelajar menggunakannya dengan selesa. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, penjaga itu menyatakan dia tidak pasti sebab utama tandas di sekolah tersebut dikunci.

“Saya tak pasti kenapa berkunci. Tapi saya pernah hadir ke pejabat atas urusan lain. Nampak ramai murid keluar masuk pejabat tulis nama.

“Saya tanya anak kenapa tulis nama dan anak beritahu itu bagi siapa nak ke tandas. Tulis nama di pejabat, dan kemudian barulah diberikan kunci tandas.

Banyak cara untuk memberi hukuman, tapi bukan korek tempat tahi tu.

WARGA MAYA

“Saya tak kisah anak salah boleh dihukum, tapi bukan hukuman macam tu. Saya bukan nak cari salah cikgu,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan pandangan mereka berhubung dakwaan tersebut yang menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap pelajar-pelajar berkenaan sebagai tidak wajar.

Terdapat banyak cara untuk membuka pintu yang terkunci. -Gambar hiasan

“Banyak cara untuk memberi hukuman, tapi bukan korek tempat tahi tu. Naya kalau kena jangkitan ke budak tu.

“Ini bukan isu manjakan anak. Kena faham situasi dulu, nak denda pun ada caranya.

“Sampai kena korek tu macam tak wajar. Kalau denda bayar ganti rugi untuk dapat duplicate (kunci pendua) tu boleh dipertimbangkan lagi,” demikian antara komen warga maya.

Sementara itu, pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh terkejut dengan kejadian yang berlaku sambil mempersoalkan kenapa tandas untuk kegunaan pelajar dikunci.

“Dah kenapa tandas kena kunci pula? Jika pun kunci benar jatuh dalam lubang tandas, sudahlah. Tak perlu suruh murid seluk tangan gagau kunci tu. Nanti yang naik bukan kunci, tapi tahi.

“Guna je la kunci spare dan duplicate lain pula. Kalau kunci spare pun tak ada, potong kunci tu, beli kunci lain. Biar murid-murid yang tanggung kos duplicate atau kos beli kunci, baru RM4-RM5 tu,” kata Mohd Fadli yang juga bekas guru.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top