RSS Suria

Terkejut keluar gosip cinta, Amir Ahnaf kesian Angel kena menjawab… Sokong sejak awal Dolla muncul

PELAKON Amir Ahnaf terkejut apabila timbul cerita kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan salah seorang anaggota Dolla iaitu Angel.

Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, juga bersimpati terhadap Angel apabila nama mereka dikaitkan gara-gara dia hadir ke konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lalu.

Pelakon ini juga menegaskan hubungan mereka tidak lebih dari sekadar teman rapat.

amir ahnaf 2

Amir perjelaskan hubungan baik bersama Angel.

“Terkejut juga apabila keluar artikel berkaitan itu. Perkara pertama yang saya fikirkan adalah kesian kepada Angel kerana dia perlu menjawab isu ini.

“Maaf kalau kehadiran saya menggemparkan. Tiada gosip antara kami, hanya kawan sahaja. Saya juga anggap dia seperti seorang adik,” katanya kepada mStar.

Amir ditemui ketika majlis penutup penggambaran filem terbaharunya berjudul Kahar Kapla High Council yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datang konsert bagi sokongan, Angel Dolla jelaskan status hubungan dengan Amir Ahnaf

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak macam ‘bad boy’ tapi sebenarnya Amir Ahnaf romantik dan lemah lembut orangnya!

Tambahnya dia mula mengenali Angel sejah tahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara namun tidak pernah keluar bersama.

Amir juga terbuka untuk bekerjasama dengan Dolla sekiranya dia diberi peluang tampil sebagai pelakon dalam mana-mana lagu kumpulan itu.

“Kami tidak pernah keluar bersama. Saya mula minat Dolla sejak mereka tampil dengan lagu pertama. Masa itu saya rasa bangga apabila muncul sebuah kumpulan wanita yang berpotensi ke peringkat antarabangsa.

Maaf kalau kehadiran saya menggemparkan

AMIR AHNAF

PELAKON

“Saya juga berbesar hati untuk tampil dalam MV Dolla. Ia satu pencapaian terbesar saya,” luahnya.

Mendalami isi hati pelakon ini, Amir memberitahu dia belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan serius dalam masa terdekat.

amir ahnaf 3

Soal cinta bukan keutamaan Amir kini.

Fokusnya lebih tertumpu kepada kerjaya lakonan yang kini sedang meningkat naik.

“Bercinta… rasanya saya belum bersedia lagi. Sekarang hanya untuk kerjaya,” jelasnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top