RSS Suria

Wanita pelik cara staf hotel layan tetamu… Tak mahu layan aduan TV rosak, dah check out terus minta bayar ganti rugi

MEREKA yang gemar melancong atau bercuti sama ada di dalam mahupun luar negara pasti pernah berdepan situasi atau penglaman buruk.

Ada yang pernah terserempak dengan individu ‘pelik’ dan tak kurang juga terpaksa berdepan persekitaran kurang memuaskan.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita yang dikenali Myra Suhaimi berkongsi pengalaman ketika bercuti bersama suaminya di Cherating, Pahang.

Percutian yang diharapkan memberi kenangan indah bagaimanapun berakhir dengan situasi mendukacitakan apabila dia diminta menggantikan peralatan yang rosak.

Tangkap layar perbualan yang dikongsikannya.

Tangkap layar perbualan yang dikongsikannya.

“Kak Mira nak minta pendapat, adakah saya kena ganti juga televisyen ni walaupun memang bukan kami yang buat,” dia mengajukan soalan.

Pertanyaan itu dibuat susulan televisyen yang tersedia di dalam bilik hotelnya dilihat sudah rosak dan mempunyai kesan pecah akibat dipukul dengan objek.

Menceritakan perincian programnya di pusat peranginan terkemuka itu, ujar Myra, dia dan suami mula mendaftar masuk pada petang Jumaat lalu.

“Kami datang berdua suami isteri. Sampai je terus kami solat dan ke pantai sebab kami sampai pun dah lewat dalam pukul 5 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menginap hotel bajet merungut kena sewa selimut RM5 sehari… Netizen tegur jangan berkira, syukur ada tempat tidur

“Balik sahaja dari pantai, kami mandi dan solat Maghrib… pukul 8 malam barulah kami buka televisyen,” jelasnya.

Menurut wanita ini, sejurus dihidupkan, dia melihat keadaan skrin televisyen yang rosak dan terus membuat aduan kepada pemilik tempat peranginan tersebut.

Bagaimanapun katanya, maklum balas daripada pihak terbabit menunjukkan seolah-olah mereka tidak peka dengan aduan tetamu.

Jelasnya, dia menghantar gambar menunjukkan keadaan televisyen yang rosak namun jawapan yang diberikan adalah berkaitan gangguan siaran.

Meskipun pelik dengan jawapan yang diterima, Myra cuba untuk menjelaskan situasi dialaminya dengan menyatakan TV tersebut telah pecah.

Entah-entah dia pernah buat pada tetamu sebelum ini, mana tahu ada yang ganti.

WARGA MAYA

Namun malangnya, individu terbabit hanya mendiamkan diri sebelum kembali membalas mesejnya pada keesokan hari.

Enggan mengambil pusing tentang keadaan televisyen tersebut, dia kemudiannya mendaftar keluar seperti biasa pada hari Sabtu.

“Kami check-out macam biasa, pihak terbabit tak periksa bilik pun sebelum kami keluar, maknanya tetamu sebelum ni pun sama?

“Jadi macam mana boleh tuduh kami yang buat? Mereka pun dah pulangkan deposit seperti biasa.

“Tapi dalam perjalanan balik, baru dia maklumkan yang televisyen dah pecah dan minta ganti rugi,” luahnya lagi.

Warga maya memberi pandangan masing-masing dan cara yang boleh dilakukannya.

Warga maya memberi pandangan masing-masing dan cara yang boleh dilakukannya.

Buntu dengan situasi yang dialami, dia kemudiannya cuba mendapatkan pandangan warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memihak kepada Myra dan menyuruhnya meminta bukti bahawa televisyen tersebut dalam keadaan baik sebelum dia mendaftar masuk.

“Dia suruh ganti, awak minta dia bagi bukti sebelum check-in yang televisyen tu memang elok. Kena ada bukti berfungsi pada tarikh dia sediakan bilik tu.

“Entah-entah dia pernah buat pada tetamu sebelum ini, mana tahu ada yang ganti. Kalau saya, memang lapor polis sebab bukan salah kita.

“Viral je hotel tu supaya orang lain tidak terkena. Kalau diberi ganti rugi, bimbang orang lain pula jadi mangsa dia.

“Jangan layan kegilaan mereka, bukan kita punca kenapa kita yang perlu bertanggungjawab,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top