RSS Suria

Suami tak ‘beri muka’ kepada isteri bab duit belanja… Dah sediakan semua keperluan, jangan harap dapat walau 10 sen

SIFAT kepimpinan perlu ada dalam diri setiap lelaki kerana merekalah yang akan mengetuai institusi kekeluargaan apabila berkahwin.

Bagaimanapun, pemimpin yang baik dan dihormati tidak akan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya, apatah lagi mengamalkan ‘pemerintahan’ kejam dalam rumah tangga.

Seorang lelaki berkongsi cara dia memberi nafkah kepada pasangannya selepas mereka berumah tangga.

“Saya sendiri tak beri duit tunai dekat isteri secara bulanan sebab rumah saya bina, pakaian bini dan anak-anak saya belikan dan makan minum saya sediakan.

Seorang isteri akan bergantung sepenuhnya kepada gaji suami sekiranya tidak mempunyai pendapatan sendiri. -Gambar hiasan

“Kemudahan bini buat kerja rumah seperti mesin basuh, mesin cuci hampagas, periuk elektrik, cerek elektrik, pengisar elektrik dan macam-macam alat lagi saya dah sediakan.

“Jadi jangan harap saya nak beri duit secara bulanan walaupun 10 sen sebulan sekali pun. Ikut suka saya nak berikan 5 sen ke, 10 sen ke, RM1 ke jika tiba-tiba terasa nak bagi duit dekat bini, bersyukur la,” katanya.

Perkongsiannya di laman sosial ini dimuat naik semula oleh seorang pengguna, Cikbunga, di TikTok, dalam bentuk satu tangkap layar yang mana dia bersimpati dengan nasib si isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami… Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah hilang selera, makan sekadar menelan… Ibu anak 4 luah isi hati, tak sangka ramai lagi wanita senasib

Menurut lelaki itu lagi, dia memilih untuk tidak mengikut kehendak isterinya yang dianggap sebagai seorang wanita yang suka berbelanja.

Jelasnya lagi, dia mengambil pendirian sebegini supaya isterinya patuh dan menghormatinya sebagai pemimpin keluarga.

“Kepada lelaki, jika nak beri duit ke bini, buat akaun bank dan beri la RM50 ke, RM10 ke RM5 sebulan. Tapi kawal akaun bini. Isteri tak boleh belanja suka hati.

Kena pergi kursus kahwin semula ni. Dapat suami macam ni segeralah angkat kaki.

NETIZEN

“Itu simpanan untuk bini ketika kecemasan. Jangan ikut sangat kerenah bini. Sebagai laki, berkuasa penuh dalam keluarga sebab lelaki yang menyara keluarga.

“Ketegasan lelaki menjamin keluarga bahagia apabila bini dan anak-anak dengar cakap suami dan bapa mereka,” jelasnya lagi.

Perkongsiannya ini ternyata mengundang kecaman ramai yang tidak bersetuju dengan caranya menguruskan keluarga.

Komen netizen di TikTok.

Rata-rata mereka meluahkan rasa simpati mengenangkan nasib isterinya yang memiliki suami bersikap sedemikian.

“Malang sungguh jadi isteri dia. Mesti dia ‘anak emak’ ni.

“Kena pergi kursus kahwin semula ni. Dapat suami macam ni segeralah angkat kaki.

‘Saya gaji ‘cukup makan’ je. Setiap bulan asingkan untuk isteri biarpun ‘poket kering’. Kasihan dekat isteri,” komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top