RSS Suria

Aliff Aziz sertai tabligh di Singapura, Bella Astillah doa terbaik buat bekas suami

PENYANYI Bella Astillah tidak mengetahui mengenai penularan video bekas suaminya iaitu Aliff Aziz yang dipercayai menyertai kumpulan tabligh di Singapura.

Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Aliff sekiranya benar aktor itu mahu berubah ke arah kebaikan dengan mendalami ilmu agama.

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok dan kalau boleh saya tidak mahu komen lanjut mengenainya.

Aliff kembali menyertai kumpulan tabligh.

Foto Aliff bersama beberapa rakan jemaah yang sedang diperkatakan di media sosial.

“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya, lagi pun kita tidak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Jika betul, Alhamdulillah.

“Sekiranya dia mahu berubah ke arah lebih baik, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Jiwa Malaysia yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari ketenangan dengan dalami agama, Aliff Aziz kembali sertai tabligh

ARTIKEL BERKAITAN: Reda menerima takdir… Bella Astillah kongsi keadaan terkini, lebih tenang bahagia bersama anak-anak

Pada Rabu tular sebuah video di TikTok yang dikongsi Ustaz Haji Taufik memperlihatkan Aliff mengenakan pakaian serba putih dan berserban di salah sebuah masjid di Singapura.

Taufik pada bahagian kapsyen video tersebut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.

Ini bukan kali pertama Aliff mengikut kumpulan tabligh malah pernah melakukan perkara serupa sekitar Ogos 2021.

bella1 - 1

Bella enggan mencampuri urusan Aliff.

Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun hidup sebagai suami isteri.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Dalam perkembangan lain, Bella antara barisan artis yang bakal mengadakan persembahan di Konsert Jiwa Malaysia bersama beberapa nama besar lain termasuk Bunkface, Hujan, Ruffedge, Insomniacks, Spider dan Dolla.

Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 7 September 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top