RSS Suria

Tampil imej bertindik hidung, Remy Ishak tak peduli jika dikecam… “Ini cuma sekadar fesyen”

TAMPIL dengan imej bertindik pada bahagian hidung, penampilan pelakon Remy Ishak semasa menghadiri sidang media drama terbaharunya berjudul The Secret mengejutkan tetamu yang hadir.

Menjawab mengenai gaya berkenaan, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 42, menjelaskan subang yang dipakai itu palsu dan hanya untuk fesyen semata-mata.

Malah, aktor ini mengakui tidak bimbang jika penampilannya itu mengundang kecaman netizen.

NP-154

Remy hanya menggunakan tindik palsu di hidungnya untuk berfesyen.

“Tindik hidung ni tipu tau… Ini cuma sekadar fesyen, bagilah peluang.

“Dulu tak boleh buat, nanti kena kecam sebab belum kahwin dan belum ada anak.

“Sekarang dah ada dua-dua tu, lantaklah kalau netizen nak kecam ke apa,†katanya kepada mStar.

Remy menjelaskan perkara itu semasa sidang media dan tayangan perdana drama The Secret di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah masuk susah nak keluar†– Remy Ishak pernah cuba cari kerja biasa, ada sebab patah balik ke dunia lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak tiada sebab tergugat kehadiran hero muda, pernah rasa jadi pelapis industri

Dalam pada itu, Remy memberitahu dia dan isteri baru pulih selepas dijangkiti Influenza B pada bulan lalu.

Pelakon filem The Experts itu turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya iaitu Tuah Alam tidak dijangkiti penyakit berkenaan.

“Bulan lalu saya kena Influenza B sewaktu buat teater dekat Melaka. Balik dari teater tu penat semacam dan bila buat ujian kena Influenza B.

“Saya risau kena jangkitan pada anak sebab isteri saya pun berjangkit daripada saya, tapi syukur antibodi bayi ni kuat.

NP-152

Remy melakonkan watak Amir dalam drama bersiri The Secret.

“Seminggu saya kena kuarantin dan kerja lakonan lain terpaksa ditangguhkan,†jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal tampil dengan drama bersiri baharu terbitan Viu Original berjudul The Secret yang bakal memulakan tayangan menerusi platform penstriman Viu pada 22 Ogos ini.

Selain Remy, pelakon yang membarisi drama berkenaan ialah Siti Saleha, Sara Mack Lubis, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar dan Lorenzo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top