RSS Suria

Belajar dari pengalaman, ejen batal sesi ‘view’ rumah kalau suami datang seorang… Ramai isteri puji prinsip, berterima kasih

SETIAP pasangan suami isteri mengimpikan kediaman yang selesa untuk didiami.

Lazimnya sebelum membeli atau menyewa sesebuah kediaman, mereka akan berbincang terlebih dahulu mengenai setiap aspek penting yang wajar diberi perhatian seperti lokasi, keluasan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

Namun memandangkan ada kalanya wujud kes perbezaan pendapat antara suami isteri mengenai pemilihan kediaman, seorang ejen hartanah, Syakir Zainol, tampil berkongsi nasihat demi memudahkan semua pihak.

Menurut Syakir, nasihat tersebut disuarakan berdasarkan pengalamannya sendiri ketika mengendalikan sesi ‘viewing’ sebelum ini.

rumah 1

Keluasan, pencahayaan dan reka bentuk sesebuah rumah adalah antara elemen yang diberi perhatian sebelum membeli kediaman. -Gambar hiasan

“Kalau lelaki yang dah berkahwin minta nak view rumah, saya akan pastikan dia datang bersama isteri.

“Kalau isteri tak boleh hadir, saya tak teragak-agak untuk batalkan sesi viewing. Kenapa?

“Sebab 99.9 peratus kes, pasti akan ada permintaan untuk buat sesi viewing sekali lagi bila isteri dah boleh ikut sama.

“Banyak dah saya jumpa kes pembelian rumah yang akhirnya batal sebab isteri tak setuju dengan pilihan suami,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah, tinggalkan hutang dan sewa tertunggak! Tuan rumah gigit jari tak minta deposit, siap bagi pinjam duit

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM3,500 dah beli rumah… Pemuda kesian sahabat struggle buat 3 kerja nak bayar loan bank, hidup kucar kacir

Tambah ejen hartanah ini, dia berpandangan dalam bab pemilihan kediaman, pandangan kaum isteri lazimnya lebih teliti berbanding suami.

“Mata kita dengan mata perempuan tak sama. Kalau kita suka rumah tu, tak semestinya dia akan suka.

“Pesan saya kepada semua suami, tugas kita hanya aturkan viewing dan seterusnya bayar ansuran bulanan rumah.

Kami para isteri kena tengok sendiri sebab kami akan terus imagine decoration.

NETIZEN

“Yang berhak untuk suka dan setuju dengan pilihan rumah, itu hak mutlak isteri mengikut urf (keadaan semasa atau kebiasaan) masyarakat setempat.

“Kalau booking hangus nanti, jangan pula salahkan ejen,” tulisnya lagi.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya tampil menyokong pandangan ejen tersebut.

komen rumah

Nasihat tersebut disokong oleh rata-rata warga maya.

“Betul. Kami para isteri kena tengok sendiri sebab kami akan terus imagine decoration, imagine kitaorang tengah masak. Lagi-lagi bahagian dapur, tandas itu penting untuk isteri view.

“Isteri tak akan tengok cat saja. Dia akan tengok setiap inci contohnya bentuk pagar, warna cat pagar, kedudukan pintu, bentuk pintu, ada tak gangguan air dan macam-macam lagilah.

“Betul sangat… happy wife, happy life,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top