RSS Suria

Dapat tahu akaun pencen ada hampir 400K, semua anak terus balik kampung jumpa ibu… Rupanya ada plot twist

APABILA anak meningkat dewasa, semuanya sibuk mengejar kerjaya di ibu kota, meninggalkan orang tua di kampung halaman bersendirian.

Hanya apabila tiba musim perayaan atau majlis tertentu, barulah setiap seorang akan pulang memeriahkan rumah ibu bapa.

Melalui satu hantaran di laman Thread, seorang pemuda berkongsikan cara licik ibunya untuk mengumpulkan anak-anak di rumah.

Sesebuah keluarga boleh berantakan hanya kerana isu harta. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, ibunya secara mengejut bertanyakan bagaimana cara untuk mengeluarkan wang persaraan dari akaun bank yang berjumlah agak besar.

“Tadi mak ada mesej dalam grup famili. Dia cakap macam ni, salam anak-anak, macam mana nak keluarkan duit pencen daripada bank? Kalau ikut mak, katanya ada lebih kurang RM364,000 dalam akaun tu.

“Yang kelakarnya, lepas je mak cakap macam tu, terus semua rajin nak balik kampung. Adik dari Perlis pun serentak gerak. Siap masing-masing bawa makanan lagi macam potluck.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kekal tenang dapat tahu nikah wanita tak pandai masak! Berkat tak cepat melatah, kini isteri jadi tauke katering

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak jamah lauk ‘recycle’, kena masak tiap kali waktu makan… Isteri setuju tapi bersyarat, tak sangka terus lulus!

“Lepas habis makan-makan sekeluarga, kakak sulung pun tanya dekat mak, duit arwah abah ada lagi ke tak keluarkan?” imbas pemuda tersebut.

Walaupun begitu, jawapan yang diberikan si ibu cukup menghampakan dan ternyata mereka adik-beradik sudah termakan umpan.

“Mak jawab macam ni, bukan la, yang mak tanya tu mewakili jiran sebelah sebab dia nak keluarkan duit daripada akaun suami dia,” cerita pemuda itu.

Memang itu je caranya nak bagi anak semangat balik kampung, kalau tak susah betul nampak muka.

WARGA MAYA

Malah lebih mengecewakan apabila si ibu memberitahu duit persaraan arwah bapa mereka sudah lama ‘kering’ digunakan.

“Mak dengan berselorohnya cakap, duit arwah abah kau dah lama habis la. Kami semua pun terdiam,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat si ibu melakukan perkara sedemikian mungkin kerana rasa rindu.

Pelayar bertukar pandangan.

“Memang itu je caranya nak bagi anak semangat balik kampung, kalau tak susah betul nampak muka. Hebat mak awak rancang strategi ni. Tapi nampaklah semuanya mata duitan, bukan balik sebab mak.

“Sekurang-kurangnya ada juga jamuan makan dekat kampung tu, kalau tak bukan saja pulang tangan kosong, perut pun berkeroncong.

“Kalian dah boleh rancang kot macam mana nak kahwin dengan anak jiran sebelah tu. Pasti hidup senang nanti,” ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top