RSS Suria

Kemahiran dialek Kantonis kurang baik, watak hero Andy Teh dalam filem Hong Kong ditukar ‘second lead’

IMPIAN pelakon aksi Andy Teh beraksi dalam sebuah filem di Hong Kong tidak kesampaian apabila namanya digugurkan daripada memegang watak utama.

Andy atau Andy Teh Him Kuat, 38, bagaimanapun menerima keputusan pihak produksi dengan lapang dada kerana sedar terdapat beberapa kekurangan pada diri.

Jelas Andy, kemahiran bertutur dalam dialek Kantonis yang lemah menjadi faktor utama pengarah membuat keputusan tersebut.

size NP 1 - 2024-09-08T163224.002

Andy kecewa tak dapat pegang watak utama antagonis dalam filem Hong Kong.

“Memang kecewa sebab tak dapat pegang watak utama antagonis dalam filem itu apatah lagi ini pertama kali saya berlakon dengan produksi luar negara.

“Pengarah tukar peranan yang lebih kecil dan saya terpaksa terima. Sekarang jadi macam watak kedua antagonis.

“Faktor utama adalah sebab saya tak mampu bertutur dialek Kantonis dengan baik,” katanya kepada mStar.

Jelas Andy, walaupun dia berbangsa Cina namun dia hanya mampu bercakap tetapi tidak boleh menulis atau membaca dialek Kantonis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk di lokasi filem epik, sempat buka cawangan kedua gimnasium… Ramai jangka Andy Teh terlibat dalam prekuel ‘Mat Kilau’

ARTIKEL BERKAITAN: “Orangnya ‘happy go lucky’ dan murah senyuman” – Rakan selebriti terkejut berita pemergian Syazlin Zainal

Justeru proses mendalami watak sangat mencabar sehingga dia perlu menggunakan bantuan Google Translate untuk memahami kehendak skrip.

“Saya Cina tapi nak berlakon filem Hong Kong susah juga sebab saya hanya boleh bertutur tapi tak boleh membaca serta menulis Kantonis.

“Bila dapat skrip memang susah sebab kena Google Translate untuk fahamkan kehendak skrip.

“Sangat mencabar dan agak tertekan juga tapi syukur projek ini sudah hendak selesai tidak lama lagi,” jelasnya.

size NP 1 - 2024-09-08T163251.474

Andy dan Hun menjadi rakan kongsi buka gimnasium seni mempertahankan diri.

Bercakap lanjut mengenai filem tersebut, Andy memberitahu filem berjudul Fearless The Hidden Kingdom itu bakal ditayangkan di Hong Kong pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Andy yang juga seorang usahawan baharu sahaja membuka cawangan ketiga gimnasium seni mempertahankan diri.

Bagi cawangan terbaharu ini, Andy bersama pelakon Hun Haqeem menjadi rakan kongsi untuk Elitez Mixes Martial Arts yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Dua lagi cawangan gimnasium itu terletak di Setia Alam dan Klang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top