RSS Suria

Shila Amzah kembali ke China, sertai pertandingan ‘Singing With Legends’

PENYANYI Shila Amzah sekali lagi bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

Berkongsi keterujaan kali ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, memohon doa dan sokongan peminat untuk penyertaannya dalam pertandingan tersebut.

“Doakan kejayaan saya. Semoga dilancarkan perjalanan saya yang baru ini,” katanya.

shila 2

Poster program yang mengesahkan penyertaan Shila di sana.

Shila berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta poster program tersebut pada Isnin.

Dalam pada itu, Shila memaklumkan rancangan itu bakal ditayangkan dalam masa terdekat dan peminat di Malaysia boleh mengikuti perkembangannya menerusi di YouTube.

Singing With Legends merupakan sebuah program pertandingan nyanyian yang mengetengahkan gandingan penyanyi legenda bersama bakat muda di atas pentas sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perkara betul untuk diri dan anak, Shila Amzah tak rasa malu pernah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Belum habis pantang tapi Shila Amzah dah sedia sambung kerja… Bakal terbang ke China dan Hong Kong

Sementara itu program ini merupakan penyertaan Shila yang ketiga di negara tembok besar itu.

Pada tahun 2012 Shila pernah menjuari program Asian Wave.

shila 3

Shila harap doa dan sokongan peminat.

Dia kemudian terus mengukuhkan nama di sana selepas menyertai I Am A Singer pada tahun 2014.

Menerusi perkongsian di Instastory sebelum ini, Shila memuat naik hantaran ke China bagi tujuan penyertaan program berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top