RSS Suria

Tinggalkan hidup mewah dan suami gaji 30K! Wanita tak sangka duduk flat, pandu Axia sambil jaga anak tiri lebih bahagia

BENARLAH wang dan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan.

Begitulah gambaran kisah seorang wanita selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah meskipun menjalani kehidupan mewah dengan pendapatan suami hampir RM30,000 sebulan.

“Saya pernah kahwin dengan seseorang yang pendapatan hampir RM30,000, tak termasuk elaun offshore… ada bibik, rumah banglo tiga tingkat dan kereta mewah.

“Tapi tak bahagia. Akhirnya kami bercerai,” ujarnya memulakan cerita di laman Threads.

Ikatan perkahwinan boleh berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan

Ikatan perkahwinan boleh berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan

Dia yang dikenali sebagai Harley bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan bersama bekas suami, sebaliknya memilih untuk berkongsi tentang kehidupan semasa.

Menurut wanita ini, dia kembali mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang berpendapatan kurang dari bekas suaminya.

“Gaji lebih sikit daripada RM10,000, tapi semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), syarikat dia bungkus (tutup).

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan suami menghilang, gagal dikesan… Wanita ini sedih rumah tangga tak normal – “Cincin kahwin pun pakai duit aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri pokai tinggal RM10, kereta tersadai tiada minyak… Rezeki masuk tepat waktu lepas niat gembirakan anak

“Saya pilih untuk kekal bersamanya. Kahwin je terus dia minta saya berhenti kerja untuk jaga anak-anak di rumah, anak-anak tiri je.

“Dia gaji sikit tapi tak bagi saya bekerja, dia yang berusaha buat macam-macam kerja,” tambahnya.

Bukan sebab duit, tapi seseorang yang mempunyai pemikiran ‘menyediakan’ akan berusaha untuk menafkahi keluarga sebaiknya.

WARGA MAYA

Seolah-olah membandingkan situasi terkini dengan masa lampaunya, ujar wanita ini, dia menjalani kehidupan yang lebih bahagia meskipun hanya menggunakan kereta Perodua Axia dan tinggal di flat sebagai suri rumah sepenuh masa.

“Selepas semua kesukaran yang dialami, keadaan ekonomi suami kembali pulih. Nafkah bulanan makin banyak.

“Bekas suami dulu gaji puluh ribu tapi dalam tempoh 10 tahun berkahwin dia tak pernah beri saya duit belanja sebab saya bekerja… dia tak bagi saya berhenti,” tambahnya lagi.

Perkongsian pengalamannya membuatkan warga maya berasa teruja.

Perkongsian pengalamannya membuatkan warga maya berasa teruja.

Perkongsian pengalamannya mendapat perhatian warga maya kerana ramai yang terkejut apabila dia memilih menikmati kehidupan biasa berbanding gaya hidup mewah.

“Been there, done that. Semoga Allah kurniakan kita kebahagiaan yang kita cari selari dengan redaNya.

“Ada kenalan saya pun suaminya kerja offshore, betul berduit dan nak apa semua dapat tapi isteri alami kemurungan.

“Bukan sebab duit, tapi seseorang yang mempunyai pemikiran ‘menyediakan’ akan berusaha untuk menafkahi keluarga sebaiknya.

“Kita nak hidup bahagia, duit boleh dicari dan nak suami layan kita elok-elok. Kau layan aku elok, aku sanggup je hidup susah senang dengan kau,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top