RSS Suria

Ditahan dalam bilik, ada pak sanggup beli ginseng baru boleh keluar… Wanita kecewa masuk ‘perangkap’ bercuti ke Seoul

SESETENGAH pihak berpandangan, percutian ke luar negara menjadi lebih mudah apabila semua urusan dilakukan oleh agensi pelancongan yang dibayar bagi memastikan perjalanan dan aktiviti percutian berjalan lancar.

Pelanggan pastinya mengharapkan pemandu pelancong yang diupah akan menyediakan pakej atau itinerari sesuai, dengan mengambil kira beberapa faktor selain percutian selesa dan selamat.

Bagaimanapun, seorang pengguna aplikasi TikTok, imahRose berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika berkunjung ke Korea Selatan apabila dia mendakwa termasuk ke lokasi perangkap yang disasarkan kepada pelancong.

Menerusi perkongsian video, wanita itu mendakwa, bukan sekali dia termasuk perangkap tersebut, tetapi tiga kali berturut-turut apabila dibawa ke muzium ginseng dan kedai kosmetik.

Pelancong pasti kecewa jika dibawa melawat tempat tak menarik . -Foto TikTok

Pelancong pasti kecewa jika dibawa melawat tempat tak menarik . -Foto TikTok

“Tiga kali ejen bawa ke tempat ‘tourist trap’, ambil masa yang lama kat tempat dia rekomen. Tapi tempat berjalan (pelancongan) semua ada had masa sekejap-sekejap saja,” kongsinya.

Menurut wanita itu, ketika di muzium ginseng, mereka dipaksa untuk membeli produkj-produk dijual yang mana harganya boleh tahan mahal.

“Pada mulanya, ingatkan masuk muzium belajar pasal ginseng, eh malah dikepung tak bagi keluar sebab tak ada yang nak beli produk mereka.

“Yang red pine (produk ginseng) ni harga bukan main, satu kapsul saja dalam RM50 hingga RM100, kena tahan dalam bilik briefing sampailah ada (pelancong) yang jadi pak sanggup untuk beli,” tulisnya di video TikTok.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat suasana jual beli yang agak sibuk dan kecoh melibatkan jurujual dan kumpulan pelancong yang dibawa oleh agensi pelancongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati ‘shopping’ di kedai serbaneka, wanita ini dedah taktik juruwang di Thailand… Licik tipu pelancong!

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Kedai ikan bakar popular dalam kalangan pelancong Malaysia di Korea Selatan jual ‘pork stew’?

Bercerita mengenai kedai kosmetik yang dikunjungi, wanita itu berkata dia tidak dapat mengingati nama premis tersebut kerana ia tidak popular.

“Tak ingat nama kedai kosmetik, tapi tak pernah dengar atau nampak pula dalam K-Drama atau mana-mana. Siap tutorial lengkap penjagaan kulit.

“Kat sini pun disuruh beli bungkusan mask siap-siap sebab katanya nanti penat nak bawa jika beli masa waktu ‘free and easy’ sebab naik kenderaan awam,” katanya.

Kena tahan dalam bilik briefing sampailah ada yang jadi pak sanggup untuk beli.

PELANCONG

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seterusnya, wanita ini berkata secara keseluruhannya trip yang diikuti itu bagus kecuali kunjungan ke dua lokasi tersebut yang dianggap mengganggu emosi dan masa.

“Walaupun dibawa ke tempat tourist trap, tempat-tempat yang dijanjikan pergi terlunas. Nami Island, Petite France, Library Coex Mall, Itaewon Mosque, Gyeongbok Palace, Bukchon Hanok, Namdaemun, Myeondong.

“Makan jangan risau, semua dibawa ke kedai halal, hotel OK cuma jauh sikit,” kongsi wanita itu lagi.

Lebih baik rancang sendiri perjalanan percutian. Foto: TikTok

Percutian DIY dan diuruskan agensi mempunyai kebaikan serta keburukan tersendiri. -Foto TikTok

Perkongsiannya itu mendapat maklum balas ramai pelayar yang rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke negara itu menggunakan perkhidmatan agensi.

“Trip saya pun kena macam ni. Sama kena kepung ginseng, jenama kosmetik merapu, tiada waktu betul untuk destinasi pelancong.

“Pergi mana-mana melalui ejen memang masuk tourist trap. Sejak tu saya rela pergi DIY. Kena rajin buat jadual sendiri.

“Kalau puan nak selamatkan orang lain, bagi review dekat Google atau FB page diaorang.

“Aku pun terkena. Tempat yang sama tahun 2018. Tourist guide aku siap tutup pintu tak bagi lari. Whole group tak ada seorang pun nak beli, nyaris bergaduh dengan tour guide sebab tak bagi keluar,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top