RSS Suria

Anak buah dimewahkan dengan iPhone, Play Station… Wanita tak suka kakak jadi ‘cool rich aunty’, ganggu proses mendidik!

PASTI ramai dalam kalangan kita mempunyai ibu atau bapa saudara kesukaan yang tidak lokek menghulurkan duit belanja mahupun hadiah.

Pantang bersua muka, ada sahaja pemberian istimewa mereka untuk anak-anak buah kesayangan terutamanya yang masih kecil.

Di laman sosial ketika ini, topik cool rich aunty sedang hangat diperdebatkan susulan perkongsian seorang warga maya yang memuat naik video memaparkan dia membelikan hadiah berupa mainan buat anak saudaranya yang masih kecil.

“If ibu say no, aunty will say yes,” demikian kapsyen yang ditulis pada video berkenaan.

Terpanggil untuk mengulas isu berkaitan dengan video tersebut, seorang pelayar laman X berkongsi situasi membabitkan rakannya.

“Sembang pasal cool or rich aunty ni, teringat kawan aku mengadu pasal ni. Dia ni dua beradik je, ada seorang kakak.

“Kakak dia memang jenis career woman yang tak kahwin, kerja dekat MNC (syarikat multinasional), umur sekitar 40 tahun.

“Berduit dan memang dia carry stereotype cool or rich aunty dekat anak-anak kawan aku,” kongsinya dalam hantaran di laman X.

rules 1

Setiap ibu bapa mempunyai cara didikan tersendiri untuk anak mereka. -Gambar hiasan

Menurut pelayar berkenaan, pada mulanya rakannya itu tidak melarang tindakan kakaknya kerana beranggapan wanita tersebut mahu menumpang kasih sayang selain berkongsi rezeki bersama anak-anak saudara.

Namun tanggapan rakannya mula berubah dan dia agak kurang senang apabila kakaknya terlebih memanjakan anak-anaknya sehingga dilihat boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu anak manja dengan pengasuh, ibu tinggal dunia korporat takut hilang kasih sayang… Bahagia jual nasi kerabu tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buah meraung dapat tahu diri anak pungut, jumpa di tong sampah… Makin kuat menangis, lagi sakan pakcik menyakat!

“Belikan hadiah iPhone, Play Station dan lain-lain dekat anak-anak buah.

“Lepas tu setiap kali datang rumah bawa coklat dan gula-gula penuh bag Ikea biru tu. Dah satu hal susah nak kawal budak-budak punya sugar intake.

“Budak-budak memanglah suka je, mereka tu tahu apa. Mak bapa la yang pening. Dah ada plan sendiri nak besarkan anak macam mana, tiba-tiba ada kakak tak reti bahasa,” tulisnya lagi.

Dalam erti kata lain, hormat parenting parents lain sebelum nak bagi apa-apa dekat anak orang.

NETIZEN

Tambah pelayar berkenaan, rakannya cuba menegur perbuatan kakaknya itu namun wanita berkenaan seolah-olah tidak dapat menerima teguran yang disuarakan.

“Musim cuti sekolah kakak dia asyik bagi hint dekat budak-budak tu nak bawa pergi overseas trip, pergi Disneyland apa la.

“Kawan aku tu tengah nak boikot Israel sebab sensitif dengan isu Palestin. Lagilah dia marah. Anak-anak pula dah asyik cakap nak ikut aunty pergi Disneyland.

“Point being, binalah keluarga sendiri. Kalau tak nak, especially sebab pilihan sendiri, jangan kacau orang lain nak bina keluarga,” kongsinya.

Hantaran pelayar berkenaan meraih lebih 4,300 retweet dengan rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan yang disuarakannya.

komen rules

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Malah ada antara mereka turut berkongsi situasi hampir serupa sehingga anak-anak berubah sikap dek terlalu dimanjakan ibu atau bapa saudara.

“Sebagai mak anak tiga, stres ya ada cool rich aunty ni. Kalau adik-beradik sendiri senanglah nak tegur. Ini ipar. Cakap lebih-lebih, hati suami pun nak kena jaga.

“Marilah jadi cool rich aunty or uncle yang ada common sense, logik akal, understanding, cakna isu semasa, emotional stable, apa-apa hadiah nak bagi refer mak bapa budak tu dulu.

“Dalam erti kata lain, hormat parenting parents lain sebelum nak bagi apa-apa dekat anak orang,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top