RSS Suria

Kad kahwin digital makin canggih! Tetamu diundang boleh terus tekan link beli hadiah… Pengantin pun gembira dapat barang diperlukan

KAD jemputan perkahwinan digital bukan sesuatu yang asing pada masa kini kerana edaran secara dalam talian itu lebih mudah, cepat dan menjimatkan.

Jika sebelum ini kad digital sekadar memaklumkan lokasi, masa majlis serta merekod kehadiran tetamu, tetapi kini ia dinaik taraf dengan tetamu yang mendapat kad boleh memilih hadiah yang ingin diberikan kepada pasangan pengantin.

Menerusi perkongsian video oleh Siti Zulaikha, dia menerima jemputan perkahwinan rakannya, Amirul dengan Fatiha secara digital menerusi aplikasi WhatsApp.

Apa yang membuatkannya teruja apabila terdapat pautan pilihan hadiah dalam salah satu ruangan jemputan berkenaan.

Pautan hadiah tertera pada kad jemputan perkahwinan digital. Foto Facebook.

Pautan hadiah tertera pada kad jemputan perkahwinan digital. Foto FB

“Huyoo, macam ini ya kahwin sekarang. Buka je tekan hadiah,” terdengar suara rakannya di sebelah yang turut melihat kad jemputan berkenaan.

Berdasarkan video yang dikongsi itu, sebaik pautan hadiah ditekan, terdapat kenyataan ringkas yang ditulis oleh pasangan pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati buka mesej kad kahwin digital, rupanya scammer hantar fail godam telefon… Risau mak ayah tak faham, senang jadi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Jemput kahwin guna video memang rare!

“Semua hadiah ini saya tidak berharap pun. Kalau ada syukur, kalau tiada doakan kami pun dah cukup baik. Tetapi, kalau nak hantar hadiah terus ke rumah boleh PM (private message) saya alamat, hehehe.

“Terima kasih, semoga anda semua dimurahkan rezeki. Amin,” tulis pasangan pengantin itu dengan disertakan kod QR bank.

Menariknya, di ruangan yang sama terdapat beberapa pautan barangan perkakasan rumah yang diperlukan pasangan pengantin berkenaan yang mungkin mahu diberikan hadiah oleh tetamu.

Hadiah ini saya tidak berharap pun. Kalau ada syukur, kalau tiada doakan kami pun dah cukup baik.

PENGANTIN

Antaranya, jam dinding, tangga, tong sampah, ampaian, pendingin hawa dan pelbagai lagi. Setiap pautan perkakasan berkenaan disambungkan terus ke aplikasi e-dagang.

Menarik bukan idea berkenaan? Secara tidak langsung dapat membantu rakan-rakan yang ingin membeli hadiah memberikan barangan yang betul-betul diperlukan oleh mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Pandangan warga maya. Foto Facebook

Pandangan warga maya. Foto Fb

Sementara itu di ruangan komen, ada pandangan mengatakan kad digital berkenaan bukan sesuatu yang baru sebaliknya sudah dua tahun diperkenalkan.

Namun, ada yang membantah pandangan berkenaan kerana kad digital berserta hadiah belum pernah dibuat mana-mana pasangan pengantin sebelum ini.

“Kawan aku kahwin dua tahun lepas dah buat kad digital macam ni,” kata Wann J’s.

“Wann J’s sebab ada tambahan tu. Tempah terus hadiah kat ShopeE daripada kad jemputan tu,” balas Helena Hana.

“Wann J’s boleh beli hadiah tu ‘rare’,” kata Muhammad Fikri MN menyokong pandangan Helena Hana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top