KEMPEN berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila ahli politik yang juga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).
Pertama kali tercalon, ini juga merupakan pencapaian terbaik Khairy atau mesra disapa KJ yang baru beralih arah dari dunia politik ke bidang penyiaran.
Edisi ke-36 ABPBH juga bakal memperlihatkan KJ berentap dengan empat lagi calon bagi merebut trofi Penyampai Radio Popular iaitu Haiza (Kool FM), DJ Sonic (Nasional FM) dan Tyzo (Ikim FM).
Antara calon bertanding.
Penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahira turut tercalon pada tahun ini.
Pengarah ABPBH36 yang juga merangkap Pengarang Kanan Berita Hiburan dan Projek BH iaitu Shamshul Azree Samshir menyifatkan senarai calon akhir kali ini membukti kematangan peminat dalam memilih selebriti kegemaran mereka.
“Kita juga teruja menyaksikan artis tidak pernah tercalon di platform ABPBH termasuk yang membuat kemunculan semula bersaing di pentas berprestij ini, selain kemunculan wajah baru seperti Khairy Jamaluddin.
ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias, Riena Diana dan Haniff hos ABP… Ini senarai 36 artis terima undian tertinggi
ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah iPhone ada makna tersendiri, Keith Foo saksi kepayahan Rienda Diana bergelar anak seni
“Apa yang jelas, undian diterima membuktikan kematangan peminat dalam meletakkan artis pujaan termasuk bintang senior pada tahap selayaknya,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu.
Shamshul berkongsi perkara itu selepas pihak penganjur mengumumkan senarai akhir lima calon yang mendapat undian tertinggi dalam 16 kategori dipertandingkan tahun ini.
Antara artis senior lain yang turut tercalon adalah Eman Manan, Sabri Yunus, Amyza Aznan, Ropie dan kumpulan Senario.
Riena, Didie dan Haniff sebagai pengacara ABPBH36.
Tidak kurang juga nama-nama selebriti lain yang sudah lama bertapak dalam industri seperti Fasha Sandha, Rita Rudaini, Raja Ema dan Raja Azura.
Sementara itu pemenang Anugerah Bintang Popular ke-35 tahun lalu iaitu Bell Ngasri seklai lagi tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular.
Malam kemuncak ABPBH36 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Oktober.
Bertemakan ‘Teguh’ acara tersebut akan dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular selain gandingan pengacara Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah.
Senarai calon ABPBH36 adalah seperti berikut:
Artis Baharu Lelaki Popular
Danial Kifli
Hasif Upin
Izuan Razali
Putera Muhammad
Shah Radhy
Artis Baharu Wanita Popular
Erysha Emyra
Ezzanie Jasny
Raden Zaharatul
Trisha Ooi
Penyanyi Lelaki Popular
Amir Masdi
Aliff Aziz
Haqiem Rusli
Hael Husaini
Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular
Adira Suhaimi
Aina Abdul
Ernie Zakri
Siti Nordiana
Stacy
Aktor Filem Popular
Aedy Ashraf
Bell Ngasri
Pekin Ibrahim
Kamal Adli
Syafiq Kyle
Aktres Filem Popular
Amelia Henderson
Fasha Sandha
Isyariana
Janna Nick
Uqasha Senrose
Aktor Pembantu Filem Popular
Alif Hadi
Eman Manan
Hafiz Nafiah
Hisyam Hamid
Ropie
Aktres Pembantu Filem Popular
Daiyan Trisha
Harissa Adlynn
Nadia Brian
Raja Ema
Wanna Ali
Aktor TV Popular
Aedy Ashraf
Amir Ahnaf
Hun Haqeem
Meerqeen
Redza Rosli
Aktres TV Popular
Anna Jobling
Bella Astilah
Hannah Delisha
Siti Saleha
Sophia Albarakbah
Aktor Pembantu TV Popular
Azhan Rani
Mierul Aiman
Nadhir Nasar
Shah Iskandar
Wanns Ahmad
Aktres Pembantu TV Popular
Alya Iman
Amyza Aznan
Bella Hanna
Rita Rudaini
Puteri Sarah Liyana
Penyampai Radio Popular
DJ Sonic
Haiza
KJ
Sharifah Shahirah
Tyzo
Pengacara TV Popular
Anim Ezzati
Elly Mazlein
Izzue Islam
Raja Azura
Uyaina Arshad
Artis Komedi Popular
Bell Ngasri
Jep Sepahtu
Joey Daud
Sabri Yunus
Senario
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Dolla
Khai Bahar & Nabila Razali
Khai Bahar & Adira
Siti Nordiana & Saujana
Ziana Zain & Hasif Upin
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!