RSS Suria

Hana Ismail enggan ulang peristiwa 21 hari jaga anak sendirian, kagum dengan wanita jadi ketua keluarga

ISTERI kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail tidak lagi mahu mengulangi peristiwa hitam apabila dia terpaksa menjaga anak bersendirian selama 21 hari.

Hana atau Nurul Hana Ismail, 37, berkata, dia memahami perasaan dan tanggungjawab digalas oleh wanita apabila terpaksa membesarkan anak tanpa suami.

Hana berkongsi pengalaman tersebut merujuk kepada Syed dipenjarakan selama 21 hari atas kesalahan jenayah merogol.

“Kepada wanita di luar sana yang menjadi nakhoda dalam kapal, dialah ayah dialah ibu, saya faham perasaan itu sebab selama 21 hari itu saya melaluinya.

hana1 - 1

Hana melahirkan cahaya mata pertama pada Ogos lalu.

“Kalau boleh saya tidak mahu ulang semula 21 hari itu (menjaga anak seorang diri). Saya berdoa tak terjadi juga perkara sama kepada wanita di luar sana,” katanya.

Hana berkongsi perkara itu menerusi sebuah sesi temu bual bersama sebuah pusat berpantang yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, Hana kagum melihat kegigihan wanita yang terpaksa menjadi ketua keluarga dalam membesarkan anak-anak.

Kata Hana, ketika melalui saat-saat sukar ini wanita sangat memerlukan sistem sokongan yang kuat untuk memberikan semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Ismail reda suami terima hukuman, mohon doa untuk kuat hadapi ujian

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 21 hari dalam penjara, Da’i Syed dapat berdakwah kepada banduan lain… Syukur terima layanan baik

“Bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya tabik dengan wanita yang terpaksa menjadi ayah dan ibu dalam keluarga.

“Bukan mudah sebab itulah kita kena ada sistem sokongan yang sangat bagus. Kadang-kadang sistem sokongan ini tidak semestinya datang daripada dalam keluarga.

“Kadangkala kita kena cari sistem sokongan daripada luar yang memang dia tahu macam mana nak jaga tanpa kita perlu meminta,” ujarnya.

Menerusi perkongsian video itu juga, Hana diminta mengulas bagaimana penerimaan seandainya dia ditakdirkan menjadi ibu dan ayah dalam masa sama.

hana3 - 1

Hana (kanan) sentiasa memberikan sokongan kepada Syed (tengah).

Kongsinya, tidak ada wanita yang mahu menggalas tanggungjawab itu sendirian namun harus sentiasa bersedia sekiranya ditakdirkan berdepan dengan situasi tersebut.

“Subhanallah, saya kira semua wanita atau ibu tidak mahu perkara itu (jaga anak sendirian) terjadi sebenarnya.

“Tiada wanita yang hamil dan melahirkan anak mahu membesarkan cahaya mata seorang diri kerana figura seorang ayah dalam keluarga sangat besar.

“Sebenarnya kalau tanya secara peribadi kepada wanita pun tiada seorang nak jadi nakhoda dalam kapal (ketua keluarga) tapi apa-apa pun kita kena persiapkan diri juga,” katanya.

Pada 30 Ogos lalu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

hana 2 - 1

Hana menerima ujian yang diberikan dengan reda.

Bagaimanapun, selepas 21 hari dipenjarakan Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes sebutan akan disambung pada 5 November depan.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top