LUMRAH dalam hubungan antara ahli keluarga, pasti ada kisah pahit.
Bagi Iza (bukan nama sebenar), dia terpaksa berdepan dengan dua biras, Fifi dan Didi (bukan nama sebenar) yang didakwa sangat toksik dan penuh hasad dengki terhadap dirinya sehingga dilabel ‘biras dari neraka’.
Segalanya bermula apabila abang kedua kepada suaminya kurang bersetuju adiknya berkahwin pada umur 21 tahun yang dianggap masih terlalu muda untuk bergelar suami.
Menurut wanita itu, suaminya merupakan anak ketiga dalam lima adik beradik yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan tetapi tidak rapat dengan dua abangnya kerana perbezaan umur yang agak jauh.
“Abang ipar aku tak suka suami aku berkahwin pada usia muda. Katanya, kahwin muda ini nanti mudah bercerai, hidup tidak enjoy,” katanya memulakan perkongsian di Threads.
Sepanjang perkahwinan, bermacam dugaan perlu dihadapi Iza didakwa berpunca daripada dua birasnya yang dianggap cemburu dan kurang senang dengan kehadirannya sebagai menantu baharu dalam keluarga.
Selain berasa tersisih, Iza juga dapat merasakan Fifi seolah-olah cuba melaga-lagakan dirinya dengan Didi apabila dia sering memburukkan wanita itu di depannya dan begitulah sebaliknya.
“Sedikit demi sedikit, Fifi mula ceritakan keburukan Didi dan suaminya kepada aku, termasuk suami Didi tidak suka aku sebab punca suami aku berkahwin awal.
“Bila dengan Didi, Fifi pula ceritakan perkara buruk pasal aku. Dia kata kat Didi, aku ni cemburu dengan Didi sebab semua orang sayang Didi tu. Didi tu anak tunggal, mak mentua sayanglah dekat dia. So Fifi cuba nak api-apikan aku,” ceritanya lagi.
Suami isteri harus menyokong antara satu sama lain. -Gambar hiasan
Menurut Iza, Didi sudah dikurniakan seorang anak lelaki tetapi Fifi masih belum direzekikan dengan cahaya mata.
Anak Didi sering dimanjakan dan selalu mendapat perhatian dalam kalangan ahli keluarga termasuklah daripada ibu mentuanya.
Bagaimanapun, sikap buruk Didi bagai tidak dapat disembunyikan lagi apabila Iza hamil anak pertama dan lebih membuatkan dia gelabah apabila mengetahui bayi yang bakal lahir adalah perempuan.
“Tambah buat si Didi tu tak keruan bila aku beritahu family suami aku yang aku pregnant anak perempuan. Sebabnya family suami aku ni banyak lelaki… empat lelaki, seorang perempuan.
“Jadinya mak mentua aku memang nak sangat cucu perempuan. Didi ni tahu aku mengandung anak perempuan, dia banyak kali tanya ‘ye ke perempuan? Kawan akak scanned 5D dua kali doktor kata perempuan sekali keluar lelaki’.
“Sampai begitu ya ayat dia kasi kat aku punyalah tak nak aku mengandung anak perempuan,” katanya.
Lebih kurang lima bulan selepas itu, Didi pula mengumumkan kehamilan anak keduanya.
Bagi Iza, dia tidak mahu ambil kisah sikap birasnya itu, sama ada dia mahu bersaing atau sebaliknya lebih-lebih lagi dia mengalami alahan sangat teruk sepanjang mengandung sehingga tidak mampu menjamah makanan dan keluar, masuk hospital lebih 20 kali.
Keadaan dirinya berbeza dengan Didi sewaktu hamil anak pertama yang sering mengidam, berselera makan dan tidak mengalami alahan.
Bagaimanapun, Didi turut alah apabila hamil anak kedua namun satu satu situasi di rumah ibu mentua membuatkan Iza musykil.
“Mak mentua tengah masak masa tu, aku auto pi bilik air muntah sampai lembik longlai pitam semua ada. Kemudian suami bawa pi klinik drip.
“Balik dari drip tu aku terbaring je dalam bilik, tetiba aku dengar dia pun muntah juga. Lepas muntah dia minta mentua aku masak sambal Jawa untuk dia, teringin katanya,” cerita Iza lagi.
Ketika ibu mentuanya keluar untuk membeli barang Iza terlihat Didi sedang memasak di dapur.
“Aku sajalah ke dapur nak minum air, eh sedap tengah goreng telur nak makan, tadi bukan main muntah sampai nak keluar anak tekak.
“Aku bukanlah nak kata dia tak ada alahan, tapi korang faham kan maksud aku?” katanya.
Bagaimanapun, apa yang paling dikesali apabila ibu mentuanya menuduh dia ‘lembik’ apabila tidak mampu menjamah walau sedikit makanan dengan membandingkan dirinya dengan Didi.
“Mak mentua aku tegur ‘tengok ni Iza, elok je si Didi makan, kau kena makan paksa diri tu makan jangan lembik sangat, Didi pun alahan juga tapi dia paksa diri makan.
“Aku dengar ayat tu hancur berkecai hati. Bukan tak cuba makan. Aku cuba, bila makan muntah balik. Seksa perut aku, sakit ya amat. Aku pun tak minta alahan teruk macam tu,” kata Iza.
ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir
ARTIKEL BERKAITAN : Wanita mulut ‘laser’ berubah sopan, rupanya nak pinjam nama adik ipar mohon Rumah Mesra Rakyat! Sebelum ni tak pernah jaga hati
Selepas bersalin, Iza berkata suami menjaga baik dirinya ketika berpantang dan ibu mentua ada menjenguknya sekali.
Dalam masa sama, Didi sibuk bertanya kepada mentua adakah benar dia memberi susu badan kepada bayi kerana anak pertamanya dulu diberikan susu formula.
Apa yang membuatkan Iza rimas apabila Didi banyak bertanya tentang perihal bayi dan berpantang sedangkan dia lebih berpengalaman.
“Tanya aku ambil CL (confinement lady) bayar berapalah, baby cot beli kat manalah semua dia nak tahu dan semua yang aku sedia dekat anak aku, semua dia nak ikut, aku macam peliklah.
“Kau buat gaya macam ni anak pertama kau pula? Walhal ni anak kedua. Serba serbi dia buat macam dia tak tahu apa-apa. Bila aku tak jawab, dia akan tanya mentua aku dan mentua akan WhatsApp aku tanya pasal barang tu semua,” katanya sambil menambah dia juga dilabel ‘mengada’ oleh mentua kerana mengupah CL.
Choi dapat biras macam tu, itu kalau I sis memang kokak kepala diaorang yang talam dua muka tu.
NETIZEN
Paling tidak boleh diterima akal apabila Didi sanggup ubah fikiran untuk bersalin di hospital sama dengannya walaupun deposit yang sudah dibayar di hospital lain hangus.
Hospital itu pula jaraknya dua jam lebih jauh dari rumahnya.
Selepas lima bulan bersalin, giliran Didi pula melahirkan bayinya tetapi ibu mentuanya ketika itu sudah kritikal kerana menghidap kanser.
Sepanjang di hospital dia dan suami bergilir-gilir menjaga ibu mentua dan sekali lagi luluh hatinya apabila dia curi-curi membaca mesej Didi menerusi telefon mentua.
Menurut Iza, Didi telah merayu meminta ibu mentua menjaga dirinya dan bayi walaupun tahu warga emas itu sedang kritikal sakit.
Dalam pada itu, setiap hujung minggu Iza juga perlu pergi ke rumah Didi untuk memberi susu badannya kerana bayinya tidak pandai menyusu.
“Entah la kenapa dia nak sangat anak dia minum susu badan, bagi aku susu badan ke formula sama je, asalkan anak tu kenyang.
“Kenapa nak merumitkan diri sendiri. Aku ni dah dikira ibu susuan anak dia la kan?” ujarnya lagi.
Kemelut yang dilaluinya kian berakhir dengan pemergian ibu mentua dan sepanjang sakit, Didi dan suami langsung tidak datang menjenguk di hospital.
Antara komen warga maya.
Menurut Iza, selepas pemergian mentua, hampir setahun Didi dan suami tidak pulang ke kampung atas alasan ‘takut meroyan’.
“Mereka tak balik kampung nak dekat setahun juga, alasan ‘takut terngiang-ngiang suara mentua) walhal masa mentua aku ada setiap minggu balik.
“Setiap minggu ya without missed sebab setiap minggu ada je benda dia mengidam nak makan. Tapi lepas MIL tak ada, kitaorang buat tahlil pun tak datang. Alasan suami dia pula ‘takut Didi meroyan teringat MIL,” katanya lagi.
Tambah Iza, anaknya juga tidak pernah diberi perhatian apatah lagi dimanjakan oleh keluarga suaminya.
Bagaimanapun, Iza berkata dia dan suami kini lebih tenang selepas menjauhkan diri daripada Didi, Fifi dan suami mereka berdua serta dua lagi adik iparnya.
“Aku laki bini memang remove mereka enam orang dan bila dah remove, hidup kitaorang lebih tenang.
“Aku tengok, si Didi dengan Fifi tu start rapat semula. Si Fifi tu sampai sekarang masih TTC belum ada rezeki lagi,” katanya mengakhiri cerita.
Sementara itu di ruangan komen warga maya tumpang bersimpati dengan nasib wanita tersebut.
“Jauhkanlah toksik-toksik tu.
“Choi dapat biras macam tu, itu kalau I sis memang kokak kepala diaorang yang talam dua muka tu. Eh kita pula geram tengok biras you, nasib husband you faham.
“Geram juga kita baca, semoga awak sihat selalu dan bahagia di samping suami dan anak,” demikian antara komen warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube