DEKORASI di rumah sewa kebiasaannya sangat ringkas dan berkonsep minimalis kerana unit tersebut bukanlah hak milik penghuninya.
Lazimnya rumah sewa akan didiami golongan bujang, pasangan suami isteri muda dan mahasiswa, justeru apa yang paling penting bagi mereka adalah keselesaan dan ketenangan.
Pendek kata, dekorasi ringkas sudah memadai asalkan penjagaan kebersihan dan perabot yang disediakan tuan rumah menjadi keutamaan.
Namun, seorang mahasiswa berasa terbeban apabila rakan sebilik bersikap berlebih-lebihan dalam menghias bilik sewa mereka.
Bilik sewa pelajar tidak perlu dihias berlebih lebihan. -Gambar hiasan
Menerusi perkongsiannya di laman X, pelajar itu mendakwa dia dipaksa untuk membayar separuh daripada kos keseluruhan menghias bilik sewa yang mana jumlah tersebut dianggap tinggi.
“Nak luah sikit, saya student, semester depan saya terpaksa tinggal di rumah sewa. Tapi roommate saya terlalu ‘demand’ untuk hias bilik. Saya okay je tapi jangan terlalu mahal.
“Dia minta bayar bahagi dua. Tiba-tiba saya berhutang dengan dia hampir RM1,000. Dia suruh saya bayar masa biasiswa masuk. Saya nak jimat dan bukan orang senang,” dia meluahkan apa yang terbuku di hati.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun ‘peram’ idea dekorasi, siswi lepas gian hias bilik cantik-cantik selepas masuk kolej… bajet bawah RM100 je!
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UiTM hias bilik hostel macam hotel kos tak sampai RM300! Sanggup tanggal, tampal semula ‘wallpaper’ selepas diminta pindah
Susulan perkongsiannya itu, wargamaya memberikan maklum balas dan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Rata-rata menasihatkannya supaya tidak membayar amaun yang diminta dan mencari bilik sewa lain sekiranya roommate berkenaan masih mendesak.
“Hias bilik je pun, bukan satu rumah. Hias apa sampai RM1,000. Taste orang kaya betul. Ke awak kene scam… suruh dia tunjuk resit.
“Lain macam hias sampai RM2,000. Itu satu bilik. Kalau satu rumah tak tahu la..
Tiba-tiba saya berhutang dengan dia hampir RM1,000
MAHASISWA
“Bincanglah dulu baru buat. Ni terus buat lepas tu bajet bahagi dua. Senang hidup macam tu.
“Keluar je bilik tu. Cari bilik lain. Apa benda baru study sibuk nak acah deco bilik hipster. Kalau belajar sampai dekan straight tak apala juga. Merepek je la budak zaman sekarang.
“Bukan keperluan seorang pelajar untuk deko bilik sewa. Kalau kerja dah ada gaji sendiri lain la. Biasiswa tu guna untuk belajar dik. Cari roommate lain je la,” demikian beberapa komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube