RSS Suria

Abang 9 kali keluar masuk penjara sebab dadah, keluarga sibuk carikan jodoh… Percaya mampu berubah kalau dah beristeri

TIADA siapa yang dapat mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri.

Begitulah kata-kata golongan cendiakawan bagi menggambarkan sikap dan akhlak individu sama ada baik budi pekerti mahupun sebaliknya.

Malah ia dilafazkan berdasarkan firman Allah dalam surah Ar-Ra’ad ayat 11.

Maka, tidak hairanlah apabila hantaran yang dibuat seorang wanita berhubung abangnya mendapat reaksi kurang senang daripada warga maya.

Menerusi posting di laman Facebook, wanita terbabit menyatakan dia dan adik-beradik berharap masalah ketagihan dadah dan sikap buruk abangnya akan berubah selepas bertemu jodoh apabila keluar dari penjara kelak.

Hubungan antara adik-beradik akan sentiasa berkekalan walaupun sering bergaduh. -Gambar hiasan

Hubungan antara adik-beradik akan sentiasa berkekalan walaupun sering bergaduh. -Gambar hiasan

“Kami ingin supaya abang berdikari di tempat luar, bekerja dan jika perlu, kami sanggup carikan jodoh untuknya termasuk menaja semuanya (kos perbelanjaan perkahwinan).

“Tujuannya supaya dia boleh memulakan hidup baru jauh dari kawan-kawan yang durjana yang berada di kampung dan menunggu untuk ‘ngap’ (menjebak) dia kembali,” ujarnya.

Dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, abangnya kini mempunyai baki kira-kira setahun untuk dibebaskan selepas ditangkap dan dipenjara tiga tahun atas kes penyalahgunaan dadah.

Bercerita lanjut, ujar wanita ini, tindakan yang bakal diambil itu bagi membolehkan dia dan adik beradik menunaikan permintaan arwah ibu yang baru sahaja meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Penagih minta ustaz tempah bilik VIP di neraka, mati nak terus check in! Kini jadi siak masjid, insaf lepas ibu meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak tergamak jual foto adik pakai tak sopan, abang pula penagih tegar… Wanita sedih terpaksa pilih buang keluarga

“Ibu baru meninggal dan sekarang saya tinggal serta menjaga rumah pusaka yang arwah ibu cakap nak bagi pada abang.

“Sekarang abang di penjara atas kes dadah. Saya dan adik beradik yang lain berbincang dan bersepakat untuk menghalang abang dari balik ke kampung dan ke rumah pusaka ni.

“Kami menjangkakan tiga tahun ialah tempoh masa yang sesuai untuk dia berubah dan selepas itu barulah kami akan benarkan dia pulang dan serahkan rumah pusaka kepadanya,” jelasnya lagi.

Tambah wanita ini, abangnya juga pernah berkahwin dan mempunyai anak namun mereka diabaikan kerana masalah ketagihan yang dialami.

Berkongsi cerita tentang lelaki terbabit, ujar wanita ini, abangnya pernah bekerja di sebuah klinik sebagai pembantu namun malangnya kemahiran tersebut dipersia-siakan kerana terjebak penyalahgunaan dadah.

Kenapa nak kena cari jodoh untuk dia? Jangan jadikan orang lain macam tu semata-mata abang awak… jangan perjudikan nasib perempuan lain.

WARGA MAYA

Malah abangnya juga sudah sembilan kali dipenjarakan atas kesalahan sama.

Ujarnya lagi, dia dan adik beradik juga pernah mencadangkan supaya abangnya mendapatkan rawatan di pondok sekali gus dapat menambah ilmu agama.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak mentah-mentah dengan alasan dia tidak sakit.

“Dia kerja kat klinik jadi pembantu klinik. Harap-harap kemahiran tu membantu dia apabila keluar nanti.

Kebanyakan warga maya menghalang dia dan adik beradik daripada mencarikan pasangan untuk abang.

Kebanyakan warga maya menghalang dia dan adik beradik daripada mencarikan pasangan untuk abang.

“Pernah usulkan pergi duduk kat pondok, sambil berubat sambil belajar dan beramal, tapi dia tak mahu… dia cakap dia bukan sakit,” ujarnya sayu.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil menghalang niatnya dan adik beradik lain yang ingin mencarikan pasangan buat si abang.

Malah ada yang lantang menyatakan, perbuatan tersebut hanya akan menganiaya pasangan abangnya berikutan masalah ketagihan dadah sukar diubati meskipun sudah dipenjara.

“Bab jodoh abang tu kemudian dulu, risau aniaya anak orang lain nanti sebab dadah ni ambil masa. Lagipun kahwin ni perlu komitmen dan tanggungjawab, bagi abang insaf dulu.

“Jangan bagi abang kahwin semata-mata dengan harapan dia akan berubah apabila beristeri. Aniaya anak orang, biarkan abang berubah sendiri sebab semua tu atas diri dia.

“Kenapa nak kena cari jodoh untuk dia? Jangan jadikan orang lain macam tu semata-mata abang awak… jangan perjudikan nasib perempuan lain untuk jadikan abang lebih baik,” demikian ketegasan segelintir warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top