RSS Suria

Abang lori main judi ‘online’ kantoi dengan isteri, tertidur tapi lupa ‘off’ telefon… Anggap rezeki tak berkat, punca lambat dapat zuriat!

RASA kecewa menyelubungiseorang wanita apabila suaminya yang disangka sudah berubah, rupa-rupanya masih terjebak dengan ketagihan lama.

Menurutnya wanita berkenaan dia amat kecewa kerana suaminya masih aktif bermain judi secara atas talian walaupun sudah berkali-kali berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu.

“Sakitnya hati apabila balik kerja malam-malam dalam keadaan penat, dengan harapan nak luangkan masa dengan suami… tapi lain pula yang saya jumpa.

youth showing the online gambling using their mobile phone at Coffie shop in Melaka.

Ramai yang menggunakan telefon pintar untuk bermainjudi dalam talian. -Gambar hiasan

“Katanya sudah berubah. Siap hapus bukti setiap kali balik kerja. Rupa-rupanyamasih ketagih dengan benda tak ada faedah ni,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Mengiringi perkongsian itu ialah satu video menunjukkan wanita berkenaan mengambil telefon suaminya yang sedang tidur namun masih terpapar platform judi dalam talian pada di skrin.

Dedah wanita itu lagi,suaminya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM6,000 hingga RM7,000 sebulan.

Bagaimanapun dia berkata suaminya sanggup menipu kononnya tiada duit walhal membelanjakan ratusan ringgit setiap hari untuk ketagihan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:12 tahun macam tak ada fungsi, suami insaf dan berubah tapi isteri dah tawar hati – “Hari Arafah aku doa dia dapat perempuan lain”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami sibuk ‘bela’ skandal, 12 tahun kahwin isteri tak pernah dapat duit raya! Terlambat, lepas cerai baru nak hulur

“Ramai cakap (hantaran) tu aib. Tapi tahukah anda sejak tahun 2022, saya dah cuba berbincang bukan setakat dengan saya, keluarga pun pernah nasihat.

“Tapi akhirnya jadi ketagih juga. Yang paling sedih, dia cakap gaji dia sikit. Tapi makin banyak gaji, kenapa makin rasa tak cukup.

“Kerja penat-penat tapi rasa tak berbaloi. Tipu bini kata tak ada duit. Senyap-senyap belakang isteri buat benda bukan-bukan,” ujar si isteri.

Isterisetengah mati berjuang untuk dapatkan zuriat tapi suami bergelombang dengan judi.

PENGADU

Wanita itu menegaskan bahawa dia bukanlah seorang wanita yangbergantung sepenuhnya kepada suami, memandangkan turut mempunyai pendapatan sendiri.

Namun, hatinya luluh apabila mendapati segala usaha dan kesabarannya tidak dihargai.

Wanita itu menamatkan luahan dengan mengatakan dia sedang menghadapi ujian dalam rumah tangga dan belum dikurniakan zuriat.

Ketagihan judi online boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan

“Keberkatan dalam gaji tu hilang, Allah tarik nikmat. Dah boleh berhenti usaha (dapatkan anak) kut sebab rasanya macam saya seorang je yang berusaha.

“Inilah punca saya luah dekat media sosial sebab sudah lama simpan. Isterisetengah mati berjuang untuk dapatkan zuriat tapi suami bergelombang dengan judi.

“Diuji dengan suami dan diuji dengan zuriat. Dua-dua berat tapi paling sakit diuji dengan (sikap) suami,” ujarnya lagi.

Scroll to Top