PELAKON Abby Abadi geram dengan sikap segelintir netizen yang cuba mencampuri urusan peribadinya termasuk menasihatinya tentang perkahwinan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.
Apa lebih membuatkan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berang apabila dia turut dipersalahkan dengan semua hal berkaitan dengan anaknya itu.
“Orang cerita lain, dia (netizen) cerita lain, selepas itu sibuk nak nasihatkan orang.
Abby geram dengan netizen.
“Sibuk juga nak uruskan hidup dan menyalahkan orang lain.
“Beli cermin! tengok diri tu, sudah lah menyorok di sebalik akaun palsu, ingat Allah tahu,” katanya.
Abby meluahkan perkara itu menerusi hantaran di aplikasi Thread miliknya pada Rabu.
Dalam pada itu, kata Abby dia cuba menjauhkan diri daripada netizen yang berperangai toksik dengan menyekat akaun-akaun tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi tegur ‘makcik bawang’ komen caci maki anak di posting IG, nasihat jangan ada dengki busuk hati
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi kena ‘scam’ lagi, kali ini tertipu beli akaun TikTok ramai ‘follower’
Malah pelakon drama Gerak Khas itu juga menyesal apabila bertindak melayan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Alhamdullillah block orang itu benda paling seronok nak buat sebab tak suka dengan manusia-manusia toksik.
“Kadang balas sebab geram, tapi bila dilayan macam kesilapan besar pula sebab toksik dia sekali bebal,” ujarnya.
Pada Selasa, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.
Beli cermin! tengok diri tu, sudah lah menyorok di sebalik akaun palsu, ingat Allah tahu.
ABBY ABADI
PELAKON
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya iaitu Ahmad Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Manakala Aslam dan Umisya mendiriakan rumah tangga pada Julai 2020.
Abby minta Aslam datang mohon maaf kepadanya.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!