RSS Suria

Abby Abadi nak sangat jadi ‘Erra Fazira’, sanggup tonton filem Sembilu enam kali

BERKONGSI pengalaman awal pembabitan dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi Abby Abadi memberiahu aktres Erra Fazira adalah individu yang banyak memberi pengaruh buatnya.

Mengagumi lakonan Erra sejak remaja, kata Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia sudah lama memasang impian untuk bergelar artis seperti idolanya itu.

Malah dia sanggup menonton filem lakonan Erra berjudul Sembilu berulang kali di pawagam.

Abby mula bergiat aktif dalam duia seni selepas tamat persekolahan.

“Saya pernah beritahu Erra antara sebab berminat nak jadi artis kerana mahu jadi seperti Erra Fazira.

“Pengaruh awal paling kuat dalam kehidupan saya adalah filem Sembilu. Enam kali saya pergi tengok dekat pawagam walaupun duit tidak berapa nak ada ketika itu,” katanya.

Abby menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Sabtu berserta beberapa keping gambar mereka bersama dalam satu majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tuntut bela bayaran semula daripada syarikat tekstil, dakwa menipu perniagaan tudung Marissa

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan polis dah buat, Abby Abadi ajak mangsa lain ‘serang’ syarikat tekstil

Bukan hanya daripada segi lakonan, gaya hidup Erra juga menjadi ikutan Abby ketika dia remaja.

“Rajinlah saya berangan nak sentiasa cantik. Gigih beli majalah hiburan sebab minat dan sentiasa mengikuti segala yang berkaitan Erra.

“Sebab itu saya tahu Erra pakai toner dari muda. Jenama apa pun saya tahu,” ujarnya.

Abby dan Erra pernah bergandingan dalam filem The Khas The Movie.

Berkongsi lanjut, Abby turut mengenang semula ketika dia hanya menjadi pelakon tambahan dan menerima bayaran tidak seberapa.

“Tahun 1995 atau 1996 masa sibuk nak jadi artis, dapatah watak tambahan filem Datuk Yusof Haslam. Seharian meramaikan babak dalam disko. Tahu dapat berapa? Pilu nak sebut… pengalaman berharga yang mendewasakan.

“Nak sangat jadi artis Allah izinkan. Nak jadi Erra Fazira, dapat juga berlakon dengan dia. Banyak kenangan indah bersama,” jelasnya.

Abby dan Erra pernah digandingkan dalam filem Pasrah pada tahun 2000 dan Gerak Khas The Movie (2001).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top