RSS Suria

AC Mizal dan keluarga beraya di Berlin, ubati hati selepas pemergian ibu mentua

MEMBAWA hati yang sedang bersedih, pengacara Datuk AC Mizal bersama keluarga menyambut 1 Syawal di Berlin, Jerman.

AC atau Mizal Zaini, 54, berkata dia ke sana kerana ingin menyambut lebaran bersama anak lelakinya iaitu Muhammad Reeve Damien yang sedang melanjurkan pelajaran di negara berkenaan.

Menurut AC, dia akan berada di sana sekurang-kurangnya tiga minggu bermula hari raya pertama.

Antara foto kenangan AC bersama ibu mentuanya, Rokiah Ibrahim.

“Insya-Allah raya pertama saya akan beraya bersama anak di Berlin, ini tahun kedua dia di sana.

“Kami bertiga akan pergi, tahun ini memang saya tolak kerja kerana rasa sudah tiba masa untuk fokus kepada keluarga,” katanya kepada mStar.

Katanya dia membuat keputusan itu selepas kehilangan ibu mentuanya pada 24 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:AC Mizal pilih mahkamah selesai dakwaan tak bayar gaji pekerja, sangkal Suke TV sudah henti operasi

ARTIKEL BERKAITAN:Isu tak bayar gaji pekerja, AC Mizal anggap ia fitnah… Bakal ambil tindakan undang-undang

“Tahun lepas pun beraya dengan dia dan tahun ini ambil keputusan untuk bersama dia lagi sebab kami sekeluarga baru kehilangan ibu mentua yang sudah lama duduk dengan saya.

“Jadi nak bawa hati ini jauh sikit, kiranya kesedihan itu disambut dengan kegembiraan bersama anak,” katanya lagi.

Berkongsi lebih lanjut, AC memberitahu dia bersama anaknya sudah merancang pelbagai aktiviti bersama sepanjang raya nanti.

AC sudah ada perancangan raya di Berlin.

Malah dia juga bercadang ingin melawat kedutaan Malaysia di Berlin.

“Tahun ini mungkin kami sekeluarga akan berkunjung ke kedutaan di sana untuk merasai kemeriahan hari raya, tahun lepas tak sempat nak pergi,” kongsinya.

Untuk rekod, AC mendirikan rumah tangga dengan Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Damien, 21, dan Fea Eryssa, 17.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top