RSS Suria

Achey dan keluarga berangkat ke Makkah 15 Januari, impian Tiara tengok Kaabah bakal terlaksana

IMPIAN anak perempuan pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah mahu melihat Kaabah di Makkah bakal terlaksana tidak lama lagi.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 39, memberitahu mereka sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada 15 Januari ini.

“Insya-Allah saya sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah.

NP-128

Achey sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci 15 Januari depan.

“Tiara juga akan ikut dan dia paling gembira sebab dia cakap memang hendak ke sana setiap kali melihat bingkai gambar Kaabah di rumah.

“Walaupun dia masih kecil dan tak faham lagi tapi syukur dapat realisasikan impiannya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Achey tanpa berselindung memberitahu dia dan isteri ditaja bagi menjalani ibadah umrah.

Namun asbab dikurniakan rezeki melimpah ruah, Achey mengeluarkan wang sendiri untuk membawa Tiara serta tujuh lagi adik-beradiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah pembelajaran bukan alasan, anak Achey dapat 6A dalam peperiksaan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Achey semakin pulih, Tiara ‘bedal’ ayam goreng selepas pembedahan tonsil

“Termasuk saya, isteri dan Tiara, kami akan berangkat ke sana seramai 10 orang kesemuanya.

“Hanya saya dan isteri sahaja dapat tajaan untuk tunaikan umrah.

“Tapi ada rezeki lebih saya bawa adik-beradik saya dan isteri seramai tujuh orang untuk turut serta,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top