PERKONGSIAN pelakon Qistina Raisah menerima sejambak bunga mawar berwarna merah daripada teman lelakinya mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 17, dilihat memegang jambangan bunga sambil mengelap air matanya kerana terharu dengan kejutan tersebut.
Namun di sebalik video tersebut, ramai lebih tertarik dengan kenyataan Qistini yang memberitahu dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan ramai lelaki.
Qistina buat peminat terkejut.
“Saya ada 13 bekas kekasih, ini pertama kali dapat macam ini,” kongsinya.
Qistina berkongsi perkara itu sebagai balasan komen daripada pengikutnya yang cemburu dengan layanan daripada teman lelakinya.
Kenyataan Qistina bagaimanapun mengejutkan peminatnya namun mengakui kecantikan bukan faktor utama untuk seseorang menghargai.
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun difitnah, Qistina Raisah akhirnya bersuara isu penyebaran video tak senonoh… "Sampai mati saya ingat!"
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan… Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha
“Sebenarnya kena cari orang yang tahu menghargai baru kita dilayan hebat.
“Cantik tak menjanjikan apa-apa, ada yang cantik pun kena curang,” antara komen netizen.
Video berdurasi 14 saat itu menerima lebih 800,000 tontonan dan menerima lebih 300 komen yang kebanyakkan cemburu dengan Qistina.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube