RSS Suria

Ada projek baharu ke? Foto Shiha Zikir di studio Malique buat peminat tertanya-tanya

KEMUNCULAN Shiha Zikir di studio rakaman Qarma milik penyanyi dan komposer Malique menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian foto di Instagram milik penyanyi rap berkenaan, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, dilihat bergambar bersama komposer Trip Disz di studio tersebut.

Tanpa sebarang kapsyen dibuat, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran Shiha dan membuat spekulasi bahawa mereka bakal bekerjasama dalam menghasilkan lagu baharu.

Shiha bersama Trip Disz di studio Qarma.

Shiha bersama Trip Disz di studio Qarma.

“Wah dah masuk studio Qarma. Ada collab lagu baru ke nanti?

“Kali terakhir di bawah Qarma dengan Shiha dan Ben Ladin rasanya, ini projek baru ke?

“Shiha pula, petanda apakah ini? Lagu baru kot. Shiha rap nanti,” tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua tahun pendam perasaan, Shiha Zikir hilang sabar individu berterusan sebar fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:MV ‘Tum Tum Raya’ dikata kurang sopan, Shiha Zikir cari kelainan bawa elemen komedi

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, penyanyi lagu Angan ini mengucapkan terima kasih kepada Malique kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya dalam bidang muzik.

“Terima kasih Mr General (panggilan Malique). Banyak benda Shiha belajar, saya hargai sangat,” katanya.

Sebelum ini, Shiha pernah menyanyikan lagu ciptaan Malique berjudul Angan nyanyian bersama penyanyi Ben Laden pada tahun 2023.

Untuk info, selepas pembubaran kumpulan Too Phat pada 2007, Malique memilih untuk membuat haluan sendiri dan tidak pernah muncul di mana-mana platform media.

Malique sebelum ini mengejutkan ramai peminat kerana muncul dengan akaun Instagram rasmi.

Malique sebelum ini mengejutkan ramai peminat kerana muncul dengan akaun Instagram rasmi.

Namun sebagai seorang pemain dalam industri muzik tanah air, dia masih aktif dalam menghasilkan lagu serta banyak menghabiskan masa dengan bekerja di belakang tabir.

Pada Februari lalu, Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, mengejutkan peminat apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya iaitu Malique Ibrahim Qarma.

Sejak itu muncul pelbagai andaian berhubung kemunculan Malique di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top