RSS Suria

Adik bunting pelamin, wanita TTC gigil famili jadikan hamil satu ‘perlumbaan’ – “Kalah la kena potong macam tu je”

PASANGAN yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga yang dibina.

Namun tidak semua berpeluang menikmatinya di awal perkahwinan sebagaimana wanita ini yang masih menantikan kehadiran zuriat walau telah berkahwin selama hampir tujuh tahun.

Meluahkan kesedihan dialami, dia turut diuji dengan sikap orang sekeliling yang sering mempersoalkan tentang anak.

Tambahan pula, adiknya yang baru mendirikan rumah tangga sudah dikhabarkan ‘berbadan dua’.

Ramai wanita mengimpikan kehadiran cahaya mata. -Gambar hiasan

Wanita berkahwin semestinya mengimpikan kehadiran cahaya mata. -Gambar hiasan

“Saya anak sulung dan dah berkahwin hampir tujuh tahun.

“Adik bongsu kahwin, bunting pelamin,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut wanita ini, dia dirundung pilu apabila terdapat individu yang membandingkan dirinya dengan rezeki adik yang hamil selepas bernikah.

Situasi hiba itu pula berlaku di saat semua orang sedang bergembira meraikan hari raya.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun tunggu zuriat, wanita tak tahu diri mengandung… Sedar-sedar lahirkan ‘bayi ajaib’

ARTIKEL BERKAITAN: Telan rasa pahit kawan sendiri hina mandul, pengasuh anak asuhan umum kehadiran cahaya mata… Penantian sedekad berakhir!

“Malam raya tu diserang anxiety, menangis terketa-ketar satu badan dan sesak dada.

“Menggigil berpeluh apabila orang tanya adik cepat lekat, senang je, kak long bila lagi? Kalah la kena potong macam tu je dengan adik,” luahnya lagi.

Lebih menambah rasa sedih apabila ada yang tidak menghiraukan perasaannya dan selamba mengeluarkan kata-kata ‘ibunya berpeluang menimang cucu, adik bagi dulu, kakak lambatlah‘.

Percayalah, orang yang cakap macam tu hidup dia tak tenang mana pun, sibuk mengata hidup orang lain.

WARGA MAYA

Mengakui trauma dengan pengalaman tersebut, dia turut meluahkan kebimbangan untuk berkumpul beramai-ramai di kampung halaman pada masa akan datang.

Malah kata-kata tersebut umpama igauan ngeri baginya sehingga dia merasakan dirinya seorang wanita yang tidak berguna.

“Sekarang trauma nak balik kampung berkumpul ramai-ramai. Rasa macam saya perempuan dan isteri yang tiada fungsi,” tambahnya sayu.

Warga maya memberi kata-kata perangsang padanya.

Warga maya memberi kata-kata perangsang padanya.

Pengadu juga menyatakan bahawa dia dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital, doktor mengesahkan mereka berada dalam keadaan sihat.

Luahannya itu ternyata meruntun hati warga maya dengan ramai yang bersimpati dan memahami situasi dialaminya.

“Saya dapat rasa macam awak, hari tu dapat tahu kakak mengandung lagi, tipulah kalau tak cemburu tapi kakak selalu pujuk saya.

“Saya doakan sis dikurniakan rezeki anak, kuat dan jangan lemah ya.

“Percayalah, orang yang cakap macam tu hidup dia tak tenang mana pun, sibuk mengata hidup orang lain.

“Sabar sis, semua tu rezeki Allah, percaya pada aturanNya dan jangan dengar cakap orang ya,” netizen memberikan kata-kata semangat padanya.

Scroll to Top