RSS Suria

“Admin orang Malaysia ke?” – Netizen terhibur IG Manchester United post parodi ‘Bidaah’

NAMPAKNYA fenomena drama bersiri Bidaah bukan sahaja menjadi kegilaan peminat di Indonesia malah watak Walid lakonan Faizal Hussein turut mendapat perhatian kelab bola sepak Manchester United (MU) di Instagram.

Menerusi Instagram yang mempunyai lebih 64 juta pengikut, kelab bola sepak terkenal itu berkongsi video parodi memaparkan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo sedang memejamkan matanya.

Video berkenaan turut menggunakan dialog popular yang disebut oleh Faizal dalam drama Bidaah.

Video parodi yang dikongsi menerusi IG Manchester United.

“Pejamkan mata bayangkan muka Walid, dan jangan berhenti berzikir selagi Walid tak suruh berhenti.

“Bayangkan Ronaldo (ya), Bayangkan Walid (tidak) ” tulisnya.

Rata-rata peminat terhibur dengan perkongsian video parodi itu dan tidak menyangka drama berkenaan mendapat perhatian daripada kelab bola sepak antarabangsa tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:“Walid masa muda tunggang motor!” – Peminat Indonesia selidik siapa Faizal Hussein, terpegun wajah kacak dalam ‘Gila-Gila Remaja’

ARTIKEL BERKAITAN:Ludah muka Walid paling ‘awkward’, Riena Diana berkali-kali minta maaf dengan Faizal Hussein

“Siapa admin MU ni, orang Malaysia ke?”

“Weh sumpahlah siapa admin, kenapa sampai sini woi,” tulis netizen.

Untuk info, drama Bidaah berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa apabila meraih lebih daripada 2.5 bilion tontonan digital dan media sosial.

Sejak ditayangkan pada 6 Mac lalu, Bidaah menjadi drama nombor satu paling popular di platfrom penstriman Viu Malaysia dan Indonesia selama lima minggu berturut.

Bidaah turut berjaya mengatasi drama bersiri Korea Selatan seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group.

Watak Walid yang dibawa oleh Faizal (kiri)mendapat perhatian peminat di luar negara.

Kejayaan watak Walid lakonan Faizal mendapat perhatian luar biasa membuatkan nama pelakon itu menjadi sensasi dalam industri hiburan dan penghasilan meme serta parodi oleh peminat Indonesia.

Selain Faizal ia turut dibintangi oleh Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Fattah Amin, Marissa Yasmin, Fathia Latiff dan Vanidah Imran.

Kesemua 15 episod Bidaah kini boleh disaksikan menerusi aplikasi penstriman Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top