DEMI menjayakan babak memuja iblis menerusi filem Laknat, pelakon Aeril Zafrel bersetuju berlakon tanpa memakai baju.
Bagaimanapun kata Aeril atau Suhairil Sunari, 37, dia meletakkan syarat kepada produksi agar sekadar bahagian atas pusat sahaja ditayangkan dan tidak mendedahkan auratnya.
Aktor itu lega apabila pengarah Saw Teong Hin bersetuju dengan syarat tersebut dan sesi penggambaran berjalan lancar.
Aeril letak syarat sebelum setuju buka baju dalam filem Laknat.
“Kalau ikutkan tak selesa tapi babak itu mampak cantik kalau tidak berbaju.
“Babak itu memang perlukan saya tidak berbaju, tapi saya cakap dekat pengarah kena ada batasan.
“Saya tetap kena jaga aurat, pengarah setuju dengan syarat saya iaitu hanya menunjukkan bahagian atas pusat sahaja,” katanya kepada mStar.
Berkongsi pengalaman berlakon tanpa memakai baju di dalam hutan, kata Aeril dia cuma bimbing kesihatannya terganggu memandangkan suhu pada waktu malam lebih rendah.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Aeril Zafrel hati-hati buat ‘content’, risau anak kena kecam
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Aeril Zafrel tiada duit nak upah pekerja, satu keluarga bantu Hayla siapkan tempahan kek batik
Disebabkan itu, sejurus pengarah menghentikan rakaman, Aeril akan menyelubung dirinya dengan pakaian agar tidak kesejukan.
“Kerisauan saya hanyalah takut cepat demam sahaja sebab penggambaran dijalankan pada waktu malam dan ia sangat sejuk.
“Miang itu ada tapi kru sudah sapu minyak pada badan, jadi tak rasa sangat gatal-gatal itu.
Aeril menjadi teraju utama dalam filem Laknat.
“Sejurus selesai rakaman saya memang akan terus minta kru cari pakaian atau tuala untuk tutup badan,” jelasnya.
Selain Aeril, filem tersebut turut dibintangi pelakon seperti Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Naque Ariffin, Noorkhiriah dan Mila Mohsin.
Laknat akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 Jun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策