PASANGAN pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merancang menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada Jun depan.
Aeril atau Suhairil Sunari, 36, turut memohon doa orang ramai agar impian mereka menunaikan Rukun Islam kelima itu kelak.
Walaupun pernah melakukan umrah sebelum ini namun persiapan untuk ibadah haji sangat berbeza.
“Jika diizinkan Allah kami memang berniat nak buat ibadah haji tahun 2025.
Aeril dan Wawa rancang tunai haji Jun depan.
“Doakan urusan kami dipermudah sebab nak buat haji bukan umrah, jadi persiapan kena lebih rapi.
“Kadang-kadang kalau ada banyak duit tapi Allah tak izinkan ia tidak akan jadi juga,” katanya kepada mStar.
Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Wawa Glamorous Night yang diadakan di Palm Garden Golf Club, Putrajaya pada malam Selasa.
Lima tahun menjalankan perniagaan, Aeril dan Wawa berkongsi rezeki dengan menghadiahkan kereta Perodua Bezza kepada pekerja paling cemerlang sepanjang 2024.
ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal muntah darah, mohon doa urusan di Makkah dipermudahkan
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadiah sempena ‘birthday’ dua anak, Wawa dan Aeril Zafrel beri setiap seorang sebuah kondominium
Jelas Aeril, pemberian itu bagi menghargai jasa pekerja-pekerjanya selain memasang impian mahu memberi hadiah sebuah rumah tahun hadapan.
“Kami hargai segala penat lelah pekerja-pekerja dan untuk tahun ini staf paling cemerlang memang kita belikan kereta sebagai tanda penghargaan.
“Ini pertama kali kami berikan hadiah kereta kepada staf dan sepakat berikan Perodua Bezza.
Memang berniat nak buat ibadah haji tahun 2025.
AERIL ZAFREL
PELAKON
“Alhamdulillah tahun ni adalah pemberian paling besar, mungkin tahun hadapan jika capai sasaran perniagaan, kami cadang nak hadiahkan rumah pula,” ujarnya.
Sementara itu, Wawa, 33, memberitahu dia bersyukur syarikatnya masih mampu kekalkan jualan lebih RM30 juta sama seperti tahun sebelumnya.
Sentiasa mahukan kemajuan, Wawa optimis meletakkan jualan sebanyak RM50 juta sebagai sasaran syarikatnya bagi tahun 2025.
Aeril dan Wawa sentiasa hargai penat lelah para pekerja mereka.
“Sebenarnya jualan tahun ni sama seperti tahun lepas, tapi saya bersyukur kami dapat kekalkan jualan RM30 juta ke atas.
“Walaupun kami tak dapat capai sasaran RM50 juta untuk tahun ini kami akan sasarkan perkara sama untuk 2025,” jelasnya.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, Ayya Sofia, 5, dan Muhammad Fahri, 4 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!