RSS Suria

Aidilfitri paling makan modal! Influencer belanja RM1.5 juta untuk baju raya termahal dunia, bakal jumpa peminat di luar negara

BAGI kebanyakan umat Islam, bulan Syawal disambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

Namun menurut usahawan Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed Shahid, tiada salahnya jika dia mahu berbelanja lebih buat keluarga sempena bulan mulia ini.

Bercakap kepada mStar, pempengaruh itu mendedahkan dia membelanjakankira-kira RM1.5 juta untuk persiapan raya tahun ini.

Syed dan pasangannya beraya di Klang.

“Untuk raya tahun ini, saya sediakan 30 helai baju raya buat isteri yang akan dipakai sepanjang 30 hari. Ia termasuk 30 beg tangan dan 30 pasang kasut.

“Secara keseluruhannya kos dalam RM1.5 juta. Saya rasa ini baju raya termahal dalam dunia. Kali ini ‘terpelanting’ semua orang.

“Tapi kos ini turut merangkumi baju dan aksesori saya serta dua anak kami yang berusia enam dan dua tahun,” ujarnya.

Saya rasa ini baju raya termahal dalam dunia. Kali ini terpelanting semua orang.

SYED MUHAMMAD SHAH HASIF

PEMPENGARUH/USAHAWAN

Menurut Syed yang mengusahakan bisnes makanan, pakaian dan produk kecantikan serta kesihatan, kesemua busana itu dihasilkan sendiridalam masa tiga bulan.

“Saya jahit sendiri semua baju sebab ada butik sendiri. Staf hanya uruskan baju pelanggan. Untuk isteri, saya buat sendiri. Setiap baju pula ambil masa berbeza-beza untuk siap.

“Sebelum ini kami memang dikenali dengan pakaian yang pelik-pelik, kalau boleh meleret 60 meter. Tapi kali ini konsepnya minimalis, cuma kita mewahkan perincian.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah lembik, tetap pakai heels ziarah kubur bapa mentua! Hanya suami yang faham, anggap isteri insan hebat

ARTIKEL BERKAITAN:Staf kedai emas dikenakan tindakan lepas baling cincin kepada influencer… Melepas jualan RM90,000

“Yang menjadikan pakaian isteri saya mahal adalah perhiasan Swarovski, ia dibeli dari Austria,” ujar Prince Syed yang akan beraya di kediamannya di Klang, Selangor.

Menurut Syed lagi, koleksi baju-baju lama isterinya biasanya akan dijual dan hasilnya pula disedekahkan untuk tujuan kebajikan.

“Saya tak rasa ada istilah membazir. Baju tu semua boleh pakai berulang kali. Kalau tak nak, kami jual. Hasilnya pula untuk kebajikan. Ada baju tahun lepas dijual, peminat suka.

Suami isteri ini kerap tular kerana pemakaian mereka.

“Saya juga tak kisah orang komen macam-macam. Pada saya, kita ni kena ukur baju di badan sendiri, jangan ikut orang. Orang hanya nampak kesenangan, orang tak nampak kesusahan saya,” katanya lagi.

Bercerita mengenai sambutan Syawal, personaliti media sosial itu merancangmengadakan rumah terbuka bagi meraikan kenalan serta keluarganya.

Dia dan isteri, Fatin Syazwani Ishak turut merancang untuk terbang ke Indonesia padaSyawal bagi bertemu peminat mereka yang menetap di negara seberang.

Syed tak kisah keluar modal besar untuk isteri tercinta.

“Tahun lepas raya di kampung isteri di Gerik, Perak. Tahun ini raya di Klang. Rumah saya dan rumah keluarga terletak berdekatan. Rumah saya belum siap renovate.

“Hanya dapur yang siap, ruang tamu tak siap. Pada saya rumah tak siap tak apa, yang penting baju siap. Saya juga rancang untuk buat rumah terbuka, tengah bincang lagi.

“Kami turut merancang untuk ke Jakarta atau Bandung pada minggu kedua raya. Kami antara selebriti yang viral di sana, jadi kami terfikir untuk jumpa peminat dan lebarkan saya ke sana,” ujarnya.

Scroll to Top