RSS Suria

Air mayat terpercik di badan, anggota penguatkuasa berdepan kejadian aneh ketika pulang ke rumah

SETIAP yang bernyawa pasti akan merasai mati tetapi tiada siapa pun di dunia ini yang tahu bilakah ajal bakal menjemput.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang anggota beruniform berkongsi kisah seram yang tidak dapat dilupakan.

Menurut pemuda itu, pada hari terbabit sekitar pukul 3 petang, jabatannya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan ada lelaki berbangsa Cina ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah rumah.

Kejadian aneh boleh menimpa sesiapa tanpa disangka. -Gambar hiasan

“Mangsa adalah lelaki warga emas, tinggal seorang diri. Rumahnya berkunci ketika orang awam buat penemuan. Apabila pihak polis tiba, disahkan mangsa sudah meninggal dunia selama tiga hingga empat hari.

“Mangsa menghembuskan nafas terakhirnya di atas kerusi rehat, mayatnya sudah kembung dan air mayat penuh di bawah kerusi. Keadaan ruang tamu rumah pula dipenuhi dengan sampah kitar semula.

“Ini menyebabkan proses mengangkat mangsa untuk dibawa ke hospital sedikit sukar kerana ruangan rumah sempit, selain postur mangsa yang sedang dalam keadaan duduk ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit yang menginsafkan! Anak pengurus jenazah masuk peti simpan mayat… Ramai takut terkena badi orang mati

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal beraya di kampung, pemuda tak boleh lupa peristiwa kena badi mayat… Mangsa kemalangan datang ketuk tingkap

“Semasa proses mengangkat mayat tersebut, ada percikan air mayat yang terkena pada badan aku. Apa-apa pun proses gerak kerja tetap diteruskan sehingga selesai,” kata anggota itu membuka cerita.

Pada sebelah malamnya, anggota itu berkata dia mula mengalami gangguan aneh.

“Malam tu aku rasa kepala berat sangat, asyik memikirkan tentang kejadian tadi. Ketika sedang tidur, aku bermimpi aku cium baju yang dipakai waktu siang tu, bau darah melekat kuat sangat.

Mak aku pun antara mangsa badi mayat, terkena daripada jenazah sepupu dia yang meninggal dunia akibat dilanggar lori.

WARGA MAYA

“Kemudian aku terbangun dalam keadaan tercungap-cungap dan badan berpeluh, tengok jam baru pukul 2.30 pagi. Nasib baik tadi hanya mimpi buruk. Betul-betul memberikan kesan mendalam insiden tu, sampai terbawa dalam tidur.

“Aku pun pergi ke tandas nak buang air kecil, tiba-tiba mata aku nampak ada lembaga berdiri di depan pintu bilik air. Badan aku jadi kaku dan hanya boleh terdetik dalam hati, Ya Allah, kenapa ni? Mata aku terbeliak tengok tapi tak mampu bertindak.

“Tubuh aku jadi ‘lembik’ dan aku terus terlentang ke belakang, apabila aku amati lembaga tu, memang serupa seperti mayat yang aku uruskan siang tadi,” ujarnya yang selepas itu terus pengsan.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menitipkan pesanan supaya mengambil serius bahaya badi mayat.

“Orang lama pernah pesan dekat aku, kalau nak uruskan mayat, niatkan macam ni dalam hati, kedatangan aku hanya untuk sempurnakan kamu.

“Aku sendiri pernah terkena badi mayat, memang terbuka terus ‘hijab’ aku ni dan selalu nampak benda tu. Aku juga kena sawan, lebih kurang sebulan dimasukkan ke hospital.

“Mak aku pun antara mangsa badi mayat, terkena daripada jenazah sepupu dia yang meninggal dunia akibat dilanggar lori. Berkali-kali berubat, Alhamdulillah sekarang dah sembuh,” demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top