RSS Suria

Aisyah Aziz sah bergelar isteri, jejaka asal Malaysia pilihan hati

PENYANYI Aisyah Aziz selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.

“Alhamdulillah, kini mereka bergelar suami dan isteri. Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Aisyah dan suami.

Aisyah kini sudah bergelar isteri.

“Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah, insya-Allah,” tulis kenyataan tersebut.

Pasangan itu dilaporkan melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di Singapura dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsi Mediacorp Warna 942 berhubung perkahwinan pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz naik pelamin selepas raya, bakal suami bukan orang industri

ARTIKEL BERKAITAN:Didi Astillah dan Aisyah Aziz ‘perang’ di IG, dakwa Bella Astillah dibuang keluarga mentua

Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat.

Penyanyi lagu Bila Entah itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.

Difahamkan, jejaka yang berjaya menambat hatinya itu ialah abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara popular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top