PERSONALITI media sosial sensasi Aisyah Hijanah meminta agar orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran ustazah.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 27, berkata, dia hanya seorang insan biasa yang gemar belajar dan berkongsi tentang ilmu agama kepada pengikutnya di media sosial.
“Saya cuma insan biasa yang sangat suka belajar. Jadi, segala yang Aisyah belajar, Aisyah memang akan buat video dan kongsikan di Instagram dan TikTok.
Aisyah berkongsi perkara itu menerusi InstaStory.
“Sudah lama Aisyah buat perkara ini sejak sebelum kahwin lagi. Jadi jangan pelik dan jangan sesekali panggil saya ustazah,” katanya.
Aisyah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran InstaStory miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, usahawan itu menekankan bahawa dia tidak memiliki latar belakang pendidikan agama formal walaupun sering berkongsi ilmu dan dakwah sejak 2016.
Kata Aisyah, tujuannya bukanlah untuk mendapatkan gelaran atau dihormati, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang Allah dulu… baru suami” – Aisyah Hijanah ada cara elak rasa sakit berjauhan dengan Alif Teega
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat banyak ‘tahi’ daripada bunga, ramai cuba ambil kesempatan kontroversi babit Aisyah Hijanah
“Cuma untuk menjelaskan, buat semua yang selalu mengikuti content dakwah Aisyah dari 2016. Aisyah bukan ustazah.
“Semoga segala ilmu yang Aisyah kongsikan menjadi manfaat untuk semua,” ujarnya.
Untuk rekod, Aisyah merupakan graduan dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak 2019, Aisyah telah memulakan perjalanan kerjayanya sebagai usahawan dalam industri pakaian fesyen muslimah melalui jenama ‘Haul Hijanah’.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!