KOMPOSER Ajai tampil membuat permohonan maaf seperti yang diminta penyanyi dan pengacara Datuk AC Mizal susulan kontroversi penganjuran konsert kumpulan 4U2C.
Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 50, membuat permohonan maaf itu sekiranya kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4u2C
Permohoan maaf secara terbuka yang dibuat Ajai.
“Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf,” katanya.
Ajai berkongsi perkara itu menerusi satu kenyataan di Instagram miliknya pada malam Rabu.
Jelas Ajai, pihaknya sentiasa menyokong mana-mana rakan artis yang ingin terus berkarya sekali gus berharap segala kemelut yang berlaku pada ketika ini dapat diselesaikan secara baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat tutup periuk nasi, Ajai sekadar kongsi fakta dan pengalaman
ARTIKEL BERKAITAN: [V] AC Mizal kecewa Ajai tak faham undang-undang muzik, tuntut permohonan maaf 24 jam
“Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.
“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah,” kongsinya.
Sebelum ini, dalam sidang media yang berlangsung AC meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan Ajai menyatakan kumpulan 4U2C tidak boleh adakan konsert tanpa mendapat kebenaran pemilik lagu-lagu dinyanyikan.
AC sebelum ini turut mengemuakan permit Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
Menurut AC atau Mizal Zaini, 54, kenyataan yang dibuat seolah-olah menggambarkan Ajai tidak faham akan perundangan muzik seperti yang terkandung dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
AC menerusi peguamnya juga menuntut Ajai membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang di ambil.
Kontroversi berkaitan konsert 4U2C mula tercetus apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube