BAGI mereka yang bekerja di pejabat, pasti ada pekerja pembersihan yang datang mengemas dan mengelap dari meja ke meja, atau sekurang-kurangnya mengumpul sampah dari tong untuk dibuang.
Setiap kali itulah mereka akan menegur atau ditegur pekerja yang berada di meja masing-masing, termasuklah seorang wanita ini di pejabatnya.
Berkongsi cerita, wanita itu secara kebetulan membawa sekotak makanan snek yang dibelinya ketika melakukan tugas luar di Sarawak.
Pekerja pembersihan ditugaskan untuk membersihkan kawasan tong sampah. -Gambar hiasan
Memandangkan ketika itu di siang hari di bulan Ramadan, dia bertanya dahulu sama ada pekerja pembersihan itu berpuasa atau tidak.
“Beberapa hari sebelum tu seorang akak cleanerni sedang clear tong sampah di pejabat, kemudian saya tanya sekiranya dia berpuasa. Dia jawab tidak sebab ‘datang bulan’.
“Selang beberapa harisaya pula yang datang bulan dan dia ada di pejabat sekali lagi sambil melakukan kerja-kerja mengelap di meja semua orang,” katanya memulakan cerita.
ARTIKEL BERKAITAN:Tak sempat jamah makanan percuma, kakak ‘cleaner’ terkedu kena pulang semula… Staf ‘gomen’ marah, tuduh ambil hak peserta program
ARTIKEL BERKAITAN:Makcik ‘cleaner’ jalan mengengsot enggan ke hospital, tetap kerja ‘shift’ 12 jam… Rupanya takut tiada gaji kalau dapat cuti sakit
Teringat pekerja pembersihan itu tidak berpuasa sebelum inidan mungkin masih ‘bercuti’ kerana didatangi haid, individu tersebutmenawarkan snek yang dibelinya kepada’akak cleaner‘.
“Saya pun tanya…kak, hari ni puasa? Dia jawab…iya sudah puasa hari ini. Pagi ini sudah sahur.
“Oh ingatkan nak suruh akak cuba snek ni dari sarawak,” ujarnya mengimbas kembali perbualannya bersama pekerja pembersihan itu.
Kat kucing pun tak sanggup nak bagi makananexpired… ini lagi lanak bagi orang lain.
NETIZEN
Namun kata wanita itu, ‘akak cleaner’ berkenaan tidak mengambil snek tersebut untuk dicuba, sebaliknya beberapa soalan ditanya kepadanya bertubi-tubi.
“Sudah expired (tamat tempoh)? Sudah basi? Eh tak, akak ni… nak suruh akak cuba sebab sedap,” katanya.
Persekitaran pejabat yang bersih selepas dikemas oleh pekerja pembersihan. -Gambar hiasan
Situasi itu menyebabkan emosinya sedikit terganggu, namun dia tetapmenahan sabar daripada naik angin disebabkan soalan-soalan pekerja itu.
“Oh sudah puasa,” jawab pekerja pembersihan berkenaan sambil tersenyum bagi menolak pelawaan itu dengan baik.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan situasi berkenaan kerana mereka seakan memahami mungkin pekerja terbabitsering dipelawa makanan yang sudah tamat tempoh oleh pekerja-pekerja lain.
Pengalaman buruk yang pernah dilaluimembuatkan pekerja pembersihan itu lebih berhati-hati dalam menerima ajakan dan pemberian makanan dan minuman.
“Alahai kasihannya akak tu. Ramai sangat orang bagi makanan nak expired kat dia sampai dia dah tak boleh husnuzon (bersangka baik).
“Ada eh orang yang sanggup bagi orang lain makan benda yang dah tak elok. Mana pergi perikemanusiaan ni?
“Kat kucing pun tak sanggup nak bagi makananexpired. Nanti rasa bersalah kalau jadi apa-apa. Ini lagi lanak bagi orang lain,” komen netizen.