RSS Suria

Alha Alfa sertai misi bantuan Palestin di Mesir, mahu serah sendiri sumbangan rakyat Malaysia… Berdoa dapat masuk ke Rafah

USAHAWAN kosmetik Datuk Alha Alfa bakal bertolak ke Kaherah, Mesir bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa kekejaman Zionis pada 10 Jun ini.

Kata Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 36, berkata, tujuan dia menyertai misi tersebut bagi melihat dan merasai sendiri penderitaan dihadapi pelarian rakyat Palestin di sana.

“Saya sendiri sebagai pengasas Alha Alfa akan ke Mesir pada 10 jun ini untuk melihat apa keperluan yang boleh kita usahakan untuk pelarian di sana.

Copy of Untitled (59)

Alha turun padang menyalurkan bantuan pelarian Palestin.

“Sebagai pemegang amanah penyumbang, saya ingin melihat dan merasai sendiri keperitan dan susah payah saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman Zionis,” katanya ketika dihubungi mStar.

Alha bakal bertolak ke Kaherah bermula 10 Jun sehingga 17 Jun 2024 dengan kerjasama organisasi Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global.

Dalam pada itu, Alha memberitahu pihaknya akan menyalurkan bantuan menerusi kaedah ‘air drop’ ke kawasan Rafah termasuk air bersih, bekalan ubat-ubatan, makanan dan pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat beli belah pandang Alha Alfa sebelah mata, letak iklan di kawasan pakaian bayi – “Sekarang minta buat program tarik orang datangâ€

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan selebriti dan pempengaruh bersatu, program Bersamamu Rafah berjaya kumpul RM300,000

Selain bantuan itu, Alha juga bercadang menyantuni mangsa-mangsa yang berada di hospital di kawasan berdekatan Kaherah bagi memberi sokongan moral.

Malah, dia turut menyimpan niat untuk melakukan ibadah korban untuk disedekahkan kepada pelarian yang terkandas di sana.

“Saya akan melawat anak-anak pelarian dari Palestin dan Syria di hospital berdekatan Kaherah dan bercadang nak buat apa-apa aktiviti bersama mereka nanti.

Saya ingin melihat dan merasai sendiri keperitan saudara kita di sana.

DATUK ALHA ALFA

USAHAWAN KOSMETIK

“Insya-Allah kami juga bercadang nak buat sembelihan daging lembu dan kambing bersempena Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya.

Mengulas rancangan memasuki kawasan Rafah, Alha tidak meletakkan harapan tinggi sebaliknya berserah kepada takdir Allah.

Kata Alha, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum memasuki Rafah terutamanya faktor keselamatan.

553 (2)

Alha berjaya mengumpul RM400,000 sumbangan menerusi tabung Bersamamu Rafah.

“Saya berharap sangat Allah izinkan saya dapat sampai ke Rafah tapi kalau tak dapat sebab faktor keselamatan, saya reda.

“Sekurang-kurangnya saya dan penderma tabung Bersamamu Rafah dan usaha untuk saudara kita di sana terlaksana,” katanya.

Sebelum ini, Alha bekerjasama dengan Datin Seri Umie Aida berjaya mengumpul hampir RM400,000 menerusi tabung Bersamamu Rafah.

Sebahagian hasil sumbangan itu telah disalurkan pada 26 Mei lalu malah bantuan makanan dijangka sampai ke Rafah melalui ‘air drop’ minggu depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top