USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal menjawab segala persoalan mengenai pembelian jet peribadi yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen baru-baru ini.
Menurut Aliff, 37, pengumuman berhubung dakwaan pembelian pesawat mewah itu akan dibuat pada Jumaat ini kerana perkara tersebut melibatkan banyak pihak dan nilai urus niaga jutaan ringgit.
"Sebenarnya kalau saya beritahu awal, nanti orang kata saya riyak. Kalau saya diam, orang kata saya tipu. Cukai pun kejar. Jadi saya akan umumkan pada Jumaat nanti.
Aliff sebelum ini memuat naik video memaparkan sebuah jet peribadi mewah.
"Saya harap rakyat Malaysia doakan yang baik-baik. Perkara ini besar, nilai jutaan ringgit dan melibatkan ramai orang. Kita tunggu hari Jumaat," katanya ketika ditemui pada sesi minum petang bersama media di kediamannya di Kota Damansara, Selasa.
Aliff berkata, impian untuk memiliki jet peribadi sudah lama dipendam dan apa yang dikongsi di media sosial hanyalah catatan peribadi sebagai seorang usahawan.
"Ini memang impian saya sejak dulu lagi. Saya cuma berkongsi kisah hidup, tak sangka pula ia jadi viral. Tapi jika nak tahu lebih lanjut, tunggu hari Jumaat. Ini bukan perkara kecil sebab ia juga berkaitan perniagaan besar," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri selamba kentut, siap letak mikrofon bawah punggung… penat tahan ketika buat ‘live’
Sebelum ini, Aliff mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik video menaiki jet peribadi bersama isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anak dengan kapsyen mendakwa ia hasil jualan jeruk mangga harumanis.
Bagaimanapun, segelintir netizen mempersoalkan kebenaran kenyataan tersebut dan menyifatkan ia sekadar gimik pemasaran.
Mengulas lanjut, Aliff tidak menafikan jualan jeruk mangga yang diusahakan memberi impak besar kepada perniagaan mereka sekeluarga.
"Saya mula berniaga jeruk mangga secara kecil-kecilan, hanya secara dalam talian. Tak sangka ia capai jualan jutaan ringgit.
Bisnes yang diusahakan oleh Aliff (kanan) dan Shahida semakin laris.
"Orang selalu pandang rendah berniaga jeruk ini, kononnya kerja kampung. Tapi ini bukti hasil titik peluh berniaga," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aliff turut mengumumkan hasrat untuk mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’.
Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini pada pukul lapan malam menerusi TikTok @papalarisofficial dengan memperkenalkan koleksi eksklusif ‘Samma Bag Denim Edition’.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube