TANPA rasa malu, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan netizen apabila dengan selamba kentut ketika sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok pada malam Selasa.
Ibunya yang juga ahli perniagaan, Bonda Rozita terkejut melihat perangai anaknya itu yang disifatkan sebagai tidak senonoh.
“Kenapa macam itu? Terkejut mak, tak lawak perkara ini Syukri.
Netizen terhibur dengan gelagat Aliff dan Rozita.
“Hormon apa tu? Memang tak senonoh, umur dah nak 40 tahu pun tak sedar diri,” katanya.
Malah bukan sekali tetapi dua kali Alif atau Alif Syukri Kamarzaman, 38, kentut tanpa rasa segan silu sehingga Rozita secara spontan mengeluarkan kata-kata kurang sopan di hadapan kamera.
Aksi dua beranak itu juga disaksikan lebih 30,000 orang yang menonton ketika bersiaran langsung.
Jelas Alif, sudah lama dia menahan diri daripada terkentut semasa berniaga, namun bila difikirkan kembali baginya ia adalah satu perkara normal yang tidak perlu untuk disorokkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri makin aneh cari menantu dalam ‘live’, anak tolak permintaan mahu jumpa jodoh di universiti
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mengamuk dua pembantu peribadi lewat datang kerja, terlepas ‘sales’ RM30,000… "8.30 pagi baru nak ketuk pintu, tiada otak ke?"
“Saya hari-hari duduk buat ‘live’, dah penat asyik kena tahan kentut.
“Sampai masa saya rasa lepaskan sahaja buat apa nak sorok, saya kentut sahaja dan jadi diri sendiri,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak itu dan tak sangka Alif mempunyai tabiat sebegitu.
Aliff dan Rozita buat ‘live’ bersama di TikTok.
“Patut tangan ketuk-ketuk rupanya tahan kentut, terkejut Rozita sampai semua ayat keluar daripada mulut.
“Sampai letak mikrofon kat punggung nak bagi satu dunia dengar! Tak berhenti ketawa dibuatnya.
“Seronok dapat keluarga macamni, jujur dan bahagia sahaja,” tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube